Laman Web Rasmi SMK Sultan Sulaiman – 2012
Sebelum ini saya telah maklumkan dalam blog ini berhubung Laman Web Rasmi SMK Sultan Sulaiman, namun dalam kemaskini terakhir kiriman tersebut saya sebutkan bahawa:
Kemaskini (21 Nov 2011):
Nampak gayanya, semenjak beberapa bulan ini, laman sekolah ini sudah tidak lagi berfungsi. Sayangnya juga, banyak gambar dari artikel-artikel yang dipetik dari laman tersebut tidak dapat lagi dipapar di blog sulaimanian ini kerana kami hanya linkkan gambar tersebut. Maaf dan harap maklum.
Terbaru, saya dimaklumkan bahawa terdapat satu lagi laman web rasmi sekolah kita di sini: http://www.ss.edu.my/ Saya tidak pastikan bila ianya bermula, namun ianya tidaklah sentiasa dikemaskinikan kerana kali terakhirnya dikemaskini ialah lebih 3 bulan lalu.
Walaubagaimana pun terdapat banyak maklumat mengenai sekolah dan lain-lain lagi yang boleh kita akses dan manfaatkan.
Semoga laman tersebut dapat kekal dikemaskini dan menjadi suatu saluran untuk bekas pelajar turut memberikan sumbangan idea untuk kebaikan sekolah kita.



