1958

Front Cover of The Sulaimanian

Mungkin sebagai permulaan boleh saya kongsikan perihal majalah sekolah “The Sulaimanian” Jilid 3, Bil. 1 (1958). Tahun saya dilahirkan.

Bagi mereka yang terdahulu atau yang sezaman dengan saya, mungkin masih ingat nama majalah sekolah tersebut. Namun, bagi mereka yang terkemudian, mungkin nama itu sudah tidak mereka kenali.

Ini kerana pada era En. Yusof Ngah menjadi Guru Besar (pertengahan tahun 70an), beliau telah menukar nama majalah sekolah menjadi “Perdana” sempena sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Sultan Sulaiman yang merupakan sebuah sekolah perdana di negeri Trengganu. [ada sesiapa tahu nama yang digunakan sekarang?]

Di antara yang menarik yang ingin saya kongsikan [dari majalah 1958 ini] ialah lencana sekolah agak berbeza sedikit dari yang biasa kita pakai dulu. Apatah lagi bagi mereka yang mengguna lencana dalam bahasa Melayu (Usaha Tekun Jaya).

Seperkara lagi ialah, dua bangunan baru telah siap dibina pada tahun 1958. Satu daripadanya ialah bangunan yang kami kenali sebagai makmal sains (sebelum satu lagi bangunan makmal sains dibina bersebelahannya di akhir pengajian saya di SS). Bangunan ini adalah yang paling hampir dengan asrama putera dan mempunyai tempat letak basikal di belakangnya.

The two new buildings in 1958

Satu lagi lagi ialah bangunan seni pertukangan dan sains rumahtangga serta bilik guru. Bangunan ini terletak di sebelah kantin sekolah bangunan yang paling hampir dengan jalanraya utama KL-KT.

Ada sesiapa yang ingin kongsikan perihal kedua-dua bangunan tersebut?

~ by akarimomar on June 2, 2008.

2 Responses to “1958”

  1. Salam pada tuan punya blog. Tahniah kerana gigih dan berjaya mewujudkan satu lama yang sangat berinformasi untuk tatapan dan pengetahuan generasi2 baru SMSS. Sesungguhnya SMSS memang sebuah sekolah yang amat kita banggakan dan amat disayangi. Walaupun telah berdekad kita meninggalkannya, tetapi perasaan sayang & rindu untuk mengulangi kenangan sewaktu di sana sentiasa hadir di hati. Itulah keistimewaan SMSS. Bagi saya bangunan vokasional tersebut banyak memberikan kenangan ketika saya menuntut di sana (1990-1994). Di sanalah kami belajar mata pelajaran KH (Kemahiran Hidup)…memasak, bertukang, elektronik…dan sesekali mesyuarat pengawas sidang petang di adakan di sana. Untuk tuan penulis blog, kami batch 1990-1994 juga punya group di Facebook dan Yahoogroup. Terima kasih.

  2. […] Staff 1958 The very first posting for this Sulaimanian blog was 1958. In the next series of postings it will be from the 1958 Sulaimanian Volume 3, Bil. 1 school […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: