Pelukis – Bakat Yang Tidak Diteruskan

Wan Safiain Wan Hasan adalah anak Imam Besar Masjid Putih, Tok Guru Haji Wan Hasan. Wan Supiang (begitulah kami sekeluarga panggil beliau) adalah di antara “super seniors” yang boleh saya kategorikan sebagai berkawan walaupun dengan jarak umur yang agak jauh.

Di waktu masih remaja, saya pernah ke Kuala Lumpur bersama beliau dengan beberapa yang lain. Walaupun tidaklah sebagai kenalan yang amat rapat namun persahabatan kami berterusan dan sentiasa mesra setiap kali berjumpa sehingga kini.

Tidak pula saya sangka Wan Supiang mempunyai bakat melukis. Yang ingin saya kongsikan bersama ialah gambar yang dipetik dari majalah sekolah kita Jilid VI-1962, yang mengambarkan pertarungan antara Hang Jebat dengan Hang Tuah.

Sayangnya bakat ini tidak diasah seterusnya. Selepas tamat persekolahan beliau meneruskan kerjayanya dalam beberapa jawatan di perkhidmatan awam sehingga bersara sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri) pada tahun 2002.

Hang Tuah melawan Hang Jebat yang digambarkan oleh Wan Sufiain

Wan Supiang juga menjadi Setiausaha Kehormat Kelab Pedagangan sekolah pada tahun 1963. Namun tidak diketahui oleh saya samada beliau masih bercita-cita untuk menjadi seorang tokoh korporat setelah bersara dari perkhidmatan awam dan kini sudah bergelar Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara. Mungkin dengan tugasan baru ini, ianya membuka peluang-peluang yang lebih luas untuk menjadi tokoh korporat pula.

The Commerce Club 1963

Semasa memaklumkan kepada beliau berhubung hasil tangannya di dalam majalah sekolah, beliau yang pada masa itu berada di Mexico mengiringi Tuanku, mengatakan “hok tu! … conteng-conteng je!”

“Maknanyaaa ….” [antara kata kegemarannya]

~ by akarimomar on June 8, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: