Sesetengahnya Ada Yang Sudah Tukar Nama

Bukan senang untuk kita ingat kalau sudah bertahun tidak berjumpa sesama kita. Masa di sekolah masing dengan perangai kebudakan dan badan pun kebanyakannya kurus “khekek”.

Bagi yang perempuan pula, selain perubahan fisikal tersebut ramai yang sudah berubah penampilan mereka, Alhamdulillah. Walaupun untuk bertahun kita kenali mereka dengan berpakaian serangam, kini dengan pelbagai peragaan dan bertudung – memanglah sukar bagi kami kaum Adam untuk mengecam pasangan Hawa yang sudah lama tidak bertemu.

Namun, bagi kaum Hawa ianya mungkin sebaliknya. Lebih mudah bagi mereka untuk mengecam kenalan sekolah kaum Adam walaupun mungkin sudah tidak berjumpa untuk sekian lama – dengan syarat si lelaki itu tidak berubah bentuk dan penampilan fisikalnya.

Alhamdulillah, kerana kurniaan Allah, secara fisikal dan penampilan, saya tidaklah banyak berubah selain tambah beberapa inci ukuran lilit seluar dan kini sudah mula beruban. Namun, yang lain macam itulah saya, sikat rambut pun macam zaman sekolah dulu dan kekal dengan rambut pendek macam budak sekolah.

Semasa berurusan di Putrajaya setahun lalu, saya ditegur seorang pegawai Kerajaan. Beliau cam saya dan membuat saya gelisah kerana kurang pasti pada mulanya, takut beliau tersilap orang. Selepas disebut SS dan seterusnya, barulah saya ingat nama yang pernah menjadi rakan setingkatan semasa Tingkatan 6. Namun dengan perubahan pakaian (serta bertudung) memang sukarlah untuk saya cam pada sekali pandang selepas tidak berjumpa semanjak 1976.

Namun, selain berubah wajah, ada yang bertukar nama.

Satu hari beberapa tahun lepas saya menerima panggilan telefon. Pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai “Zain … Zainuddin!”. Terpingga seketika tetapi suaranya memang kedengaran amat biasa. Mujur Zain tidak menunggu lama untuk menerang lanjut. “George lah, I am a Muslim now!”

Tidak terkata untuk seketika. Bermula dengan linangan air mata, akhirnya ianya menitis di pipi. Menangis kegembiraan dalam kesyukuran. Bayangkan, setelah berpisah semenjak tamat Tingakatan 6 pada tahun 1976, kami tidak pernah bersua. Walaupun kami sama-sama dalam industri ICT dan walaupun ramai kenalan beliau adalah kenalan saya juga, namun Allah belum lagi ingin ketemukan kita bersama untuk tempuh yang agak lama itu.

Saya cuba meneruskan perbualan dengan suara yang agak sebak. Kegembiraan yang teramat sukar untuk digambarkan. Zain (SS 1975-1976 – dari DESS) dulu adalah ketua “Bible study group” di sekolah. Beliau memeluk Islam ketika di Australia selepas tamat pengajian di USM.

Kini kami masih terus berhubung dan kali terbaru saya ke rumahnya adalah awal tahun ini kerana menghantar pesanan naskah keduanya buku GUiT karangan Awang Goneng [yang saya bantu mengelola Majlis Pelancarannya di Keda Pok Loh Disember lepas]. Untuk makluman, Zain juga di antara orang yang tidak banyak berubah rupa parasnya, kecuali tambahan beberapa inci di pinggang.

GUiT Book Launch

Terbaru, setelah terbentuk sulaimanian “yahoogroup”, saya dimaklumkan oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah (SS 1971-1975) bahawa Christina Primus [salah seorang pelajar terpilih dari Sabah yang berpeluang menuntut di SS (1971-1975)] kini sudah bernama Kartina Abdullah. Masha Allah.

Begitulah peredaran hidup. Semakin dekat dengan penghujung, kita berusaha untuk mendekati Yang Esa Rabbul Jalil. Ameen.

Advertisement

~ by akarimomar on June 9, 2008.

19 Responses to “Sesetengahnya Ada Yang Sudah Tukar Nama”

  1. Soon,

    Thanks for dropping a comment. This blog is actually for all the Sulaimanians to write and share.

    Had been wondering about you. Yes, we have not met since you left in 1975. Read about you from Mariana’s email in the sulaimanian70s@yahoogroups.com.

    BTW is your 100m dash record still stand? Was it 11 sec flat then?

  2. Well done Karim for blogging on The Sulaimanians. Read about you in Awang Goneng I have not meet you since leaving school and hope to meet you one of these days. I am forever in KT. Hope your blog will bring back everlasting memories of the school. a few years back, Mariana Jupining came to KT after more than 20 years back in KK and when we talk it was just like it was yesterday. Remember the Sabah girls, besides Christina, I am sure you remember other names as well.

    Dulu Soon, sekarang Yeo

    • Yeo Sin Soon, adik Yeo Sin Beng, orghan Ladang. Mu dok kena aku doh ke ? Abang arwah Andre Mahari, hok kemalangan kapa trebang di Subang. Ingat dok, habih lebuk surat kabar JAWI hok Andre jua depang spita dulu. One of the few Jawi reading Chinese then. Mok duk dwane le ni ? Bila nok jalan ke Kalang Kuin, Marang ?

  3. […] Board 1975 Yeo SIn Soon just posted a comment on the Sulaimanian blog today. I have not met him since he left school in 1975. That was a long […]

  4. Karim,

    It has been a long time and I couldn’t remember the record, maybe 11.2 sec on grass track. However, I still remember my personal best, that is, 10.9sec. Your photo of the 1975 Prefect Board is very nostalgic. There are still a few staying in Terengganu. Remember Wan Rosita and Mohd Ali Endut. They are all in the banking sector and holding managerial posts in Terengganu, outside KT. I am sure your The Sulaimanians will be a gathering point for all the ex-Sulaimanians and a place to meet old friends like you.

    I got to know your blog through my son who is also a Sulaimanian. He is now in Form 4.

    Syabas and continue blogging.

  5. hi soon, wonder if you could still remember me (tengku noor shamsiah better known mokku among my cowclasses.group). glad to hear from you. actually, i have always wanted to know of your whereabout, but do not have a chance until I saw your mail on the sulaimaniam.yahoogroup. thanks to pokya’s (Zakaria Ibrahim) effort to get us all back together

  6. lagi bagus kalau wat 1 website utk sulaimanian… biar sume bleh join… x kira tahun masuk & keluar

  7. Sdra/i kudezorrola,

    Terima kasih kerana sudi ke blog Sulaimanian dan juga kerana sudi memberi komen.

    Sebenarnya blog ini khas untuk semua bekas pelajar Sek. Men. Sultan Sulaiman – tidak mengira pada era mana sekali pun.

    Saya menuntut di SS pada 1970-1976 – tetapi sebahagian cerita-cerita dalam blog ini terkeluar dari era saya – setakat yang mampu saya ceritakan dengan tokok tambah apa yang sedia ada dari majalah sekolah dan lain-lain arkib yang dapat saya carikan.

    Dan saya amat alu-alukan sumbangan cerita atau pengumuman yang ingin dikongsikan.

    Sila kirim ke alamat emel saya akarimomar@yahoo.com.

    Wassalam

  8. soon, mun ada kat Ngganu ke, bila bila balik ngganu bolih tepon
    mun, give yr contact no. to azlan_abmurad@yahoo.com

  9. Azlan,

    Terima kasih kerana melawat dan meninggalkan komen ringkas.

    Mengharapkan saudara menceritakan kehebatan pasukan hoki SS ketika saudara menjadi salah seorang pemain utamanya….

  10. Hi guys and gals, remember our headmaster encik Yusof? I wonder where he is now. As far as I remember his wife, Puan Zainah (our former teacher (pardon me if I wrongly mentioned her) was a friendly and wonderful woman. She usually takes us, the hostelites to their house to help out whenever she invited friends for makang-makang. It would be great to know if anyone could provide me with the info.

  11. hello karim
    My compliment to you and Pok ya for your effort to make this corner assessible to all Sulaimanians. Congratulation again.
    Hopefully one day we will able to gather all of the Sulaimanians and spent the rest of the days catchin’ up cerita hok dulu.
    I did call Adli tok bomoh and suggest kita jumpa pagi sabtu or ahad di warung nasi dagang shukor di SS19 subang jaya.
    what do you think?

    • Rahim,

      That is a wonderful idea. Set the date and we start calling. The only unfortunate thing for me is I will be going back to KT this weekend and already had something on Saturday 14th. But my presence is not a must. As long as we have enough numbers – it should proceed. BUT – please write something and share it with others in this blog – and remember to share the photos too.

    • Ni Rahim Pok Soh Gigi ke ?

  12. Karim
    Fattah Alias is working in SEDC trengganu. Please try to contact him for reuniun.

  13. Hi! I am one of the Sabah students in SS back in 1975-1979. I’ve been wondering and searching for a few good friends I have made while studying in SS.Please…anyone help me to reach Wan Rose Azian Abd. Kadir,Thuraya Mohd Salleh,Tan Yeow Lee, che Ku Mahadi…

  14. Salam McHadi. Since you addressed me as Lee Wah, my maiden name…I guess you are one of my classmates, right? Would like to know your real name. Know why? Just getting your response thrills me.

  15. […] above from L-R (seated): Zainuddin Abdullah (George Dewa), Baharuddin Abd. Manan, Ms. Remadevi Menon, Ms. Tay Guet Pooi, Zainun Idris […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: