Dari Mana Bedil “Buka Puasa” Ditembak?
Bagi penduduk Kuala Terengganu, dentuman tembakan bedil amat sinonim dengan bulan Ramadhan atau sebaliknya. Malah, sesetengah mereka merasakan “tidak sah” apabila untuk beberapa tahun di awal tahun 2000an dentuman bedil tidak kedengaran.
Namun, saya baru mengetahui bahawa betapa ramainya penduduk Kuala Terengganu sendiri tidak mengetahui di mana sebenarnya lokasi bedil itu ditembak. Dari perbahasan dalam beberapa posting di blog Awang Goneng (http://kecek-kecek.blogspot.com/) [penulis buku “Growing Up in Trengganu“] benar-benar menunjukkan sememangnya ramai penduduk Kuala Terengganu yang sekadar agak-agak sahaja lokasi tembakan dentuman yang menandakan waktu berbuka puasa, waktu imsyak dan tanda mulanya Ramadhan dan Syawwal.
Semenjak kecil lagi, saya sememangnya sentiasa melihat tembakan ini. Dari kawasan perumahan kuarters kerajaan Lorong Mok Pe, memang kita dapat lihat dengan jelas cahaya lonjakan bahan letupan dari rumah kecil berwarna putih di puncak Bukit Pak Apil. Dengan bunyi kecil “duup” apabila bahan tersebut melonjak tinggi ke udara hinggalah dentuman kuat apabila bahan tersebut meletup kurang tiga saat selepas itu. Memang mengasyikkan bagi kanak-kanak kecil apabila beberapa das tembakan dibuat bagi menandakan mulanya bulan puasa atau esoknya kita akan berhari Raya.
Semasa kecil, ketika dalam perjalanan berbasikal dengan ayahanda ke Masjid Putih untuk solat Subuh, dentuman menanda waktu imsyak selalunya berbunyi ketika kami sedang berkayuh di Jalan Paya Bunga yang sunyi dan lengang. Cahaya dari bahan letupan yang sedang melonjak tinggi ke udara dapat menerangi suasana yang gelap sebelum subuh itu.
Apabila pulang dari KL untuk berhari Raya semalam, saya terus menjejak tapak tembakan bedil tersebut dan mengambil gambar untuk dikongsi bersama dan agar tidak lagi timbul kesangsian di kalangan penduduk Kuala Terengganu. Sayangnya sekitar tapak tembakan bedil itu kini sedang berubah. Lereng bukitnya sudah digondol. Malah, kalau dulu sukar untuk melihat pondok tempat tembakan tersebut kini sudah dapat dilihat dengan jelas dari bandar – hampir mana-mana lokasi sebelah timur bukit tersebut.
Saya telah sediakan peta lokasi untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya serta panorama Bukit Pak Apil dengan memberi gambaran lokasi tapak tembakan bedil (bulatan merah sebelah kanan di bawah) berbanding dengan Stesen RTM (bulatan merah sebelah kiri) yang mempunyai laluan yang berbeza.
InshaAllah, saya akan berkongsi banyak lagi gambar yang diambil dari puncak Bukit Pak Apil ini dalam posting berikut.
**********************************
Sila baca juga “Being Under the Explosion of the Bedil“
[…] September 26, 2008 by alamakademik Oleh: A. Karim Omar Dipetik dari: https://sulaimanian.wordpress.com/2008/09/25/di-mana-bedil-buka-puasa-di-tembak/ […]
bedil itu ape eh? meriam ke?
Being Under the Explosion of the Bedil
Never would I expect that I would one day be able to see live, in person, how the thunderous bedil (that signify the breaking of fast for the folks of Kuala Terengganu) was shot up in the sky. But that was what I did today at the beginning of maghrib (sunset).
Read more here:
http://akarimomar.wordpress.com/2008/10/02/being-under-the-explosion-of-the-bedil/
askum..ammika…gut job…
elmoluvpaddington,
Ya – itulah persoalan sekarang. Apa sebenarnya bedil itu. Dulu sememangnya meriam. Kini … kena tunggu posting berikut, inshaAllah.
Wa alaykum salam Iznan,
Danke schoen.
Dulu saya tinggal di Berek Polis dekat dengan Stadium sekarang dah jadi Kuarters FRU, jadi adalah jiran yang tugas dia tembak meriam tu. Satu peristiwa di mana peluru meriam tidak meletup jadi ianya jatuh kembali, saya rasa anggota tu cedera kot. Peristiwa tu tiada siapa yang tau kecuali kami keluarga polis. Saya membesar di berek polis tersebut jadi bunyi meriam tuh memang sinonim lagipun tak jauh je. Kalau lepas sembahyang raya kena dengar bunyi meriam dulu baru boleh raya. Kami budak-budak ikut je cakap abang-abang polis tu. Tembakan meriam kalau saya masih ingat ialah masa berbuka puasa, habis masa sahur, lepas sembahyang raya dan banyak lagi tak ingat dah. Pelajar SS dari 1988 – 1992
[…] ini – Dari Mana Bedil “Buka Puasa” Ditembak? – menceritakan lokasi sebenar tembakan bedil […]
Bedil Puasa Di Kuala Terengganu « Karim’s Blog said this on July 23, 2012 at 11:07 pm |
Salah seorang petugas yang bertanggungjawab menembak bedil suatu masa dulu di bulan puasa tu arwah abah saya… SI Zakaria Abu Bakar dari Batalion 12, PPH…rindu arwah abah… al Fatihah.