Cikgu Mohd Omar Abdul Rahman

Cuti sekolah baru-baru telah memberi kesempatan untuk saya berjumpa dengan Cikgu Mohd @ Omar Abdul Rahman (Cikgu Mat Omar). Cikgu Mat Omar pernah menjadi Penolong Kanan untuk tempoh yang agak lama dalam tahun 70an-80an dan kemudiannya menjadi Guru Besar pada tahun 1985-87. Saya difahamkan bahawa beliau kemudian pernah juga menjadi pengetua maktab perguruan sebelum bersara.

12062009(149)

Cikgu Mat Omar ketika bertemu mertua saya, Haji Ahmad Omar (ahli Lembaga Pengelola 70an and 80an), sambil diperhatikan oleh besannya Mohd Yazid (tuan rumah).

Ketika menghadiri kenduri “sambut menantu” seorang kenalan, Noorashidi (Udi) b. Mohd Yazid, saya sengaja pergi pada masa rombongan pengantin tiba untuk bertemu dengan bekas guru SS yang tidak pernah mengajar saya namun saya rapat dengan beliau.

Sebagai Penolong Kanan, Cikgu Mat Omar menyelia Lembaga Pengawas. Beliau terkenal dengan ketegasannya walaupun orangnya bertubuh kecil.

Namun sebab utama saya rapat dengan beliau ialah kerana saya kerap menumpang beliau dengan menaiki kereta Volvonya untuk ke sekolah pada tahun-tahun 1975-1976. Setiap pagi saya akan keluar rumah dari berek kerajaan Lorong Mok Pe (Jalan Tekukur) membonceng motorsikal ayahanda saya. Disebabkan ayahanda saya mengajar di SK Tepoh pada ketika itu – arah yang bertentang serta jarak yang agak jauh, maka saya akan turun di persimpangan Jalan Mengadang Akar (Jalan Sultan Omar) dengan Jalan Kamaruddin – depan Sekolah Agama Khairiah.

Cikgu Mat Omar memerhatikan anak ke 5nya menyuap cucu beliau yang teringin sangat merasa kelazatan jamuan di meja pengantin

Cikgu Mat Omar memerhatikan anak ke 5 nya (Eza Hadzariah bt Mohd Omar) menyuap cucu beliau yang teringin sangat merasa kelazatan jamuan di meja pengantin

Saya akan menunggu sesiapa yang saya kenali yang melalui jalan tersebut untuk ke sekolah. Terdapat beberapa guru lain yang kerap mengambil saya selain dari Cik Mat Omar. Antaranya ialah Cikgu Mohd Radai Omar dan Cikgu Wan Hassan bin Abu Bakar. Namun oleh kerana Cikgu Mat Omar antara yang awal ke sekolah, maka beliaulah yang lebih kerap saya sempat tumpang.

Selain guru, ramai juga kawan-kawan lain yang sering berhenti mengambil saya di persimpangan tersebut untuk ke sekolah.

12062009(155)Perjumpaan dengan Cikgu Mat Omar amat dirasai kerana sudah sekian lama saya ingin berjumpa dengan beliau namun tidak pernah menjadi. Ditambah pula beliau tidak lagi tinggal di rumahnya di Losong yang saya ketahui dahulu. Maka jemputan dari kenalan yang berkahwin dengan anak kelima Cikgu Mat Omar saya ambil kesempatan sepenuhnya. Malah, saya turut mengambil peluang ini untuk melayan beliau ketika makan di meja pengantin. Bila lagi hendak ditaburkan khidmat kembali kepada guru kita?

Dalam usianya begini, Cikgu Mat Omar yang kini tinggal di Wakaf Beruas, masih kelihatan segak dan bergaya seperti dulu. Cuma yang kurangnya sekarang ialah tiada lagi misai garangnya dahulu.

Advertisement

~ by akarimomar on June 18, 2009.

2 Responses to “Cikgu Mohd Omar Abdul Rahman”

  1. Saya juga amat terhutang budi kepada 2 orang cikgu ni…cikgu Wan Hassan yang menjadi guru penjaga pelajar-pelajar Sabah dan Cikgu Mat Radai Omar, guru tuisyen Bahasa Malaysia pelajar-pelajar Sabah . Lagi seorang yang saya kaguni, Cikgu Mat Embong, guru tuisyen Maths Kami. Ada juga beberapa klai ke KT menghadiri mesyuarat dengan JPN Trg tapi tak sempat menjenguk SS yang tercinta.

  2. […] Cikgu Mohamed @ Omar Abdul Rahman was the Senior Assistant (seated between Sin Soon and Cikgu Yusof). After several other postings (including one in Penang), he came back to be SS headmaster. I wonder if his house is still in Losong/Chabang Tiga area. Cikgu Mat Omar were among those people who I would hitch a ride to school those days (read about meeting with Cikgu Mat Omar here) […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: