Sultan Sulaiman kekal juara hoki sekolah premier

berita dipetik dari Sinar Harian:

KUALA TERENGGANU – Pasukan hoki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman menggegarkan Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Burok semalam apabila mengekalkan kejuaraan di Kejohanan Hoki Juara Sekolah-sekolah Premier Zon Timur, di sini.

Pasukan itu menewaskan Sekolah Me-nengah Sultan Ibrahim Petra 1, Kelantan dengan memperoleh lima gol berbalas satu.

Jurulatih pasukan, Pakurzi Ramly berkata, kesemua yang terlibat dalam kejohanan itu berpuas hati dengan corak persembahan ditunjukkan pemain.

“Alhamdulillah, saya sungguh gembira kerana pasukan kami berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut.

“Ini adalah hasil kesungguhan setiap pemain yang terlibat,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:, di sini semalam.

Menurutnya, dengan kerjasama setiap ahli pasukan, rentak permainan dapat di-atur dengan mudah dan pemain berlawan dalam suasana meriah dan bersungguh-sungguh.

“Atas kesungguhan pemain, pasukan kami mudah mengorak langkah mengejar kejuaraan, sekali gus terpilih mewakili sekolah premier zon timur ke kejohanan peringkat kebangsaan nanti,” katanya.

Pakurzi berkata, mereka akan terus ber-usaha membawa pasukan ke peringkat akhir di kejohanan kebangsaan nanti.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk kejohanan itu nanti dan memastikan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, tempat ketiga diungguli pasukan Sekolah Menengah Ibrahim Petra II, Kelantan.

:Hadiah disampaikan Pegawai Pelajaran Daerah, Tengku Mohd Yusof.

Advertisement

~ by akarimomar on July 21, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: