Majlis Perjumpaan Aidilfitri
Pengumuman
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (ALUMNI SS) Kuala Terengganu, akan mengadakan Majlis Perjumpaan Aidilfitri pada hari raya ketiga bertempat di Dewan SMSS mulai 11 pagi hingga 3 petang.
Selain disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Terengganu, majlis ini bertujuan mempertemukan rakan-rakan lama yang mungkin tidak pernah bertemu sejak mereka meninggalkan bangku sekolah dulu.
Kehadiran terbuka kepada kesemua bekas pelajar SS dengan yuran penyertaan dikenakan RM50 seorang. Mereka yang berminat boleh menghubungi Ibni Amin Busu( 013-9817000) , Noriah Ashari( 019-9833844 ), Hasnah Mohd Yusoff( 019-9348696 ) dan Tengku Nuriah Tengku Abd Rahman ( 013-9309606) .
Bayaran juga boleh dibuat melalui mesin ATM, Maybank2U ke Akaun Alumni SS nombor 5642 7681 2053 atau dengan cek palang atas nama ALUMNI SS. Salinan slip bayaran perlu difakskan kepada Bendahari, Puan Noriah Ashari, Atikah Songket, 93 Jln Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-77261445 (Pn Noriah) Fax: 03-77271445
ALUMNI SS, yang penubuhannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada Ogos tahun lalu, turut membuka kaunter pendaftaran kepada bekas pelajar yang belum menjadi ahli.
Tarikh tutup pembayaran untuk majlis ini ialah 15 September 2009.
Sila warwarkan pada teman-teman yang lain.
diterima melalui emel dari Mariana Fidelis <majuya@yahoo.com>
********************
Tahniah kepada jawatankuasa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (ALUMNI SS) kerana berusaha mengadakan majlis ini.
Diharap perancangan dan persiapan yang rapi telah diatur bagi menjayakan majlis ini. Beberapa saranan saya (mungkin telahpun diambil kira):
1. Pastikan majlis ini diwarwarkan seluasnya:
- gunakan segala media yang ada [memang sepatutnya – kalau orang kuat Alumni dikatakan orang berpengaruh akhbar!]
- penggunaan media terkini – sms/emel/twitter dsbnya – mesti dimaksimakan
- sudah patut tergantung banner di tempat-tempat utama di bandar Kuala Terengganu dan beberapa lokasi strategik di bandar-bandar lain di Terengganu dan juga beberapa tempat di Lembah Klang [SS pra-80an menerima ramai pelajar luar Kuala Terengganu]
2. Selain untuk mengetemukan rakan-rakan lama, perlu ada objektif lain dan perancangan susulan dari majlis ini yang telah dirangka agar hadirin pada majlis tersebut dapat dimaklumkan. Boleh kongsikan aturcaranya?
3. Perlu ada edaran maklumat untuk hari tersebut berhubung persatuan, AJKnya, dan jadual aktiviti yang dirancang dalam masa terdekat.
4. Kesesuaian waktu – mungkin perlu difikirkan kesesuaiannya diadakan di waktu siang. Dengan kesibukan sambutan Hari Raya, mungkin lebih wajar diadakan di waktu malam.
5. Yuran RM50 – saya rasa mungkin tidak perlu dikenakan. Yuran ini menjadi satu faktor penghalang yang besar. Usahakan mencari penaja. Kalau pun untuk makan dan minum – tak sampai RM50.
Beberapa tahun lalu, satu perjumpaan telah diadakan dan berjaya menarik beberapa ratus bekas pelajar. Kalau tidak silap ianya telah diusahakan oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail (pada ketika itu sebagai Pengarah Pendidikan Negeri) dan Tuan Haji Dauh Jusoh (Guru Besar SS ketika itu). Mungkin kerana tiada yuran dikenakan dan majlis tersebut diadakan diwaktu malam – antara sebab ianya dapat menarik kehadiran yang ramai.
Jika objektif utama ialah untuk bertemu rakan-rakan lama maka persiapan makan minum tidaklah perlu terlalu “extravagant” (bagi justifikasi yuran?) – kerana masing sudah kenyang dengan juadah pelbagai rumah terbuka. Dan untuk bertemu rakan-rakan kita perlu masa yang lanjut bagi bertukar cerita-cerita nostalgik dan tidak terkejar-kejar pada waktu siangnya memenuhi jemputan rumah terbuka.
[maaf jadi panjang pulak komen ni]
I quite agree with was suggested by ‘akarimomar’ especially with regard to the cost. It is not a matter of affording or not but the amount of problems this can raise is not worth the effort.
I look foreward to this even as i will be in K.Tr. this Hari Raya.
Salam.. mane geng2 SS thun 1996-2000… lame dok jupe sumer.. windu zmn dulu2… pekabo geng???
[…] Posts Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Majlis Perjumpaan Aidilfitri I am a PrefectCalling all SMKSS alumni A Letter From England (1960)Headboys and […]
[…] the one at the school. BUT I may be wrong. Can someone else verify? In my earlier suggestion (a month ago) was to have at several strategic locations. For […]
[…] rasmi. Sehingga kini kalau tidak silap mereka telah mengganjurkan dua kali perjumpaan hari Raya (2009 dan […]