ALUMNI SS FAQ
Ini yang saya terima melalui emel dari Mariana Jupining (Mariana.Jupining@sabah.gov.my)
**********************************************
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu 2008 (ALUMNI SS)
FAQ’s no.1
1) Pernahkah ALUMNI SMKSS ujud sebelum ini? Tidakkah dengan adanya ALUMNI SS ini boleh menjurus kepada kekeliruan dan kegusaran kalangan bekas pelajar dan persatuan sekolah ini yang lain ?
Sejak sekolah SMKSS ditubuhkan pada tahun 1921 tiada siapa yang pasti berapa banyak persatuan bekas pelajar @ persatuan murid tua @ sulaimanian @alumni yang ada. Begitu juga tiada siapa boleh mendakwa pihaknya sahaja yang berhak mewakili kesemua bekas pelajar SMKSS kerana ;
i) kebanyakan persatuan yang ada lebih terhad dan tertumpu kepada batch persekolahan atau diketahui oleh kelompok tertentu sahaja. Kita yakin ada ramai bekas pelajar SMKSS yang bertaburan diserata tempat dalam dan luar negara malah diserata dunia.
ii) ada keraguan mengenai status persatuan-persatuan yang dikatakan telah ‘ada’ itu beroperasi secara sah atau berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia kerana;
Semasa proses pendaftaran ALUMNI SS ini dimulakan, didapati hanya ada sebuah persatuan lain berkaitan SMKSS yang berdaftar (sila rujuk Pendaftar pertubuhan caw. Terengganu). Kami dapati persatuan berkenaan di dalam proses pembatalan oleh Pendaftar pertubuhan. Ia ekoran samada kerana tidak aktif ataupun tidak mematuhi peraturan pertubuhan yang ditetapkan.
Berkat kesabaran menunggu disamping usaha keras mengadakan persatuan ini secara sah selama lebih kurang 2 tahun akhirnya Pendaftar pertubuhan telah meluluskan undang-undang yang didaftarkan menurut Sijil Bilangan 1042-08-TRG atas nama Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu 2008 (singkatannya ALUMNI SS) bertarikh 12.06.2008.
Terdapatnya angka/nombor ‘2008’ pada akhir nama persatuan ini ialah atas nasihat pihak Pendaftar pertubuhan sendiri iaitu merujuk kepada pembatalan persatuan sebelumnya disamping pendaftaran ALUMNI SS ini yang diluluskan pada tahun yang sama sebagaimana tarikh yang dinyatakan di atas.
“ Penubuhan ALUMNI SS bertujuan memberi laluan alternatif kepada semua bekas pelajar SMKSS menyertai persatuan secara berdaftar yang terbuka dan mudah diketahui umum mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. “
2) Apakah kehadiran ALUMNI SS boleh memecahbelahkan masyarakat terutama dikalangan orang Melayu sebagaimana tergambar dalam kancah politik Negara?
InsyaAllah tidak malah sebaliknya kerana;
i) Keahlian ALUMNI SS terbuka kesemua bekas pelajar SMKSS yang berminat tanpa mengira tahun tamat persekolahan mereka.
ii) Menurut apa yang telah dipersetujui oleh barisan ahli jawatankuasa penaja yang ada, tiada ahli dari kalangan politik yang aktif dibenarkan menjadi peneraju atau ahli jawatankuasa persatuan ini. Berhasrat menjadi sebuah NGO yang berwibawa tanpa bermaksud prejudis terhadap mana-mana fahaman politik, ALUMNI SS amat menghormati kepelbagaian latarbelakang, idea dan pemikiran ahli-ahli yang ada.
Sekaligus langkah ini diyakini akan dapat menarik masuk ramai bekas pelajar SMKSS ke dalam persatuan ini secara optimum.
3) APAKAH TUJUAN DAN OBJEKTIF PENUBUHAN ALUMNI SS ?
(sebagaimana yang terdapat di dalam undang-undang persatuan ini yang telah diluluskan)
1. Untuk mempertemukan kembali seramai mungkin bekas pelajar SMKSS Kuala Terengganu dengan mengadakan sekurang-kurangnya 3 aktiviti tahunan aitu Jamuan Tahunan, Mesyuarat Agung Tahunan dan Hari Keluarga.
2. Memperkukuh dan memperluas hubungan silatulrahim, pertukaran maklumat, jaringan komunikasi dan perkongsian kepakaran sesama ahli.
3. Mengadakan program keilmuan, sosial, bimbingan kerjaya, kebudayaan dan ekonomi sesama ahli, pelajar lepasan dan semasa, pihak sekolah/PIBG SMKSS dan pihak lain.
4. Menggalak ahli menyumbang kepelbagaian kebolehan, pengalaman dan kepakaran untuk manfaat dan kebajikan persatuan, masyarakat dan negara.
5. Mengiktiraf dan menganugerahi ahli persatuan yang cemerlang dalam kehidupan dan pekerjaan termasuklah sumbangan kemasyarakatan yang diberikan.
4) KEAHLIAN ?
Terbuka kepada 3 jenis keahlian :-
i) Ahli Biasa : Terbuka kepada bekas pelajar SMSS K.Trg yang pernah bersekolah disitu selama sekurang-kurangnya 2 tahun persekolahan.
ii) Ahli Bersekutu :
i. Bekas pelajar yang pernah bersekolah di SMSS K.Trg kurang dari 2 tahun.
ii. Suami atau isteri kepada Ahli Biasa.
iii. Bekas tenaga pengajar SMSS K.Trg.
iii) Ahli Seumur Hidup : Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran seumur hidup.
Yuran Pendaftaran (sekali bayar) : RM 30.00
Yuran Tahunan : RM 20.00 (ahli biasa dan ahli bersekutu)
Yuran Seumur Hidup : RM 120.00 (hanya layak kpd ahli biasa shj)
Selain, seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti (yakni bekas pelajar SMKSS) boleh menyertai persatuan ini iaitu setelah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu oleh Naib Canselor atau yang setaraf dengannya dari universiti/kolej berkenaan.
Untuk borang keahlian dan maklumat lanjut sila hubungi Bendahari Alumni SS di alamat;
Puan Noriah Ashari (Alumni SS)
Atikah Songket, 93 Jln Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur. Tel: 03-77261445 Fax: 03-77271445
[…] Alumni SS FAQ […]
[…] Namun, tidak ramai yang maklum bagaimana hendak berurusan atau menghubungi “Alumni SS” ini apatah lagi mengenali siapa yang memegang jawatan dalam AJK Alumni SS. (Ini sahaja maklumat yang saya ada dan telah disiarkan sebelum ini – klik) […]
[…] Ini maklumat yang saya terima dari Sdri. Maznah Salleh – salah seorang AJK ALUMNI SS: […]