Restoran Sofinaz

14062009(017)Restoran Sofinaz terletak berdekatan dengan Masjid Putih (Abidin) telah wujud berpuluh tahun lalu. Ianya adalah satu-satunya restoran masakan Padang Sumatera yang asli di Kuala Terengganu.

Kini, restoran yang masih kekal di tapak asal berhadapan dengan pagar Istana Maziah diuruskan oleh dua beradik kembar Safri dan Sofian Nazar.

Seperti lazimnya dengan pasangan kembar, Safri dan Sofian yang juga rakan setingkatan saya, kadang-kadang kita agak sukar membeza di antara mereka berdua. Hanya dengan berkawan rapat dapat kita bezakan beberapa ciri yang unik di antara mereka berdua.

14062009(019)Di masa sama-sama bersekolah dulu, agak mudah untuk kami membezakan di antara mereka berdua. Berat badan Safri jauh lebih dari Sofian memudahkan kita membezakan mereka berdua.

Di awal tahun ini, ketika di perkuburan Sheikh Ibrahim, menziarahi perkuburan kedua-dua ibu-bapa saya yang tersayang saya bertemu salah seorang mereka. Sebelum beredar kami bercerita panjang perihal rakan-rakan sekolah dahulu dan apa yang kami masing-masing lakukan.14062009(023)

Selang beberapa bulan selepas itu, ketika mengisi minyak di Shell Pak (Dato’) Mang, di Jalan Batu Buruk, saya ditegur dari belakang dan sempat bertanya khabar. Apabila soalan “mung buat benda lening?” dilontar kepada saya, baru jelas bagi saya bahawa saya telah bertukar di antara Safri dan Sofian. Masakan baru tidak sampai dua bulan saya bercerita dia 14062009(012)sudah tidak ingat. “Aku ttukar sokmo mung lening, sebab sama saiz dah. Dulu senang seorang besar seorang kurus …” sambil saya menceritakan apa yang saya sedang lakukan sekarang dan sebab-sebab pulang ke KT.

Ketika kerap berulang alik ke Kuala Terengganu awal tahun ini (12 kali dalam masa 8 bulan), rasa teringin untuk saya cuba masakan nasi Padang di Restoran Sofinaz, yang sebelum ini tidak pernah saya masuk.

Memanglah “authentic”. Dan restorannya penuh sesak dengan pelanggan di waktu pejabat rehat tengahari. Pernah terlewat sikit, sudah ada yang menjadi favorite yang habis. Kalau hendak duduk kadang-kadang terpaksalah saya mencari di celah-celah kesesakan berkongsi meja dengan pelanggan lain yang sudah hampir selesai sambil menjilat jarinya.14062009(024)

Semenjak itu, setiap kali berulang ke KT, akhirnya ia menjadi kemestian pula untuk singgah makan di kedai mereka sambil mendapat maklumat terbaru perkembangan rakan-rakan melalui mereka berdua.

Dalam salah satu kunjungan saya ke Sofinaz, saya ditegur oleh Zainab Mohd Noor – pasti ramai hostelite yang ingat – kita cerita semulalah!

The other sibling of Safri and Sofian is Bidin Nazar who was of MCE1976 batch. I just met Bidin (together with many other Sulaimanians) during the wedding of the youngest daugther of Syed Yusof Al-Zawawi (our almarhum former mufti of Trengganu), Sharifah Hanaa, last Friday night.

~ by akarimomar on December 20, 2009.

13 Responses to “Restoran Sofinaz”

  1. We always have our lunch there whenever we’re in town. Safri remembers me, but I doubt if he remembers my name. I know Ku Noti (Ku Norhariati buys her lunch there too) sebab kalau balik KT dia duduk YT Midtown (same with our family). Jumpa dia last Raya kat hotel YT Midtown and at her eldest daughter’s wedding earlier this year..

  2. I already saw the pictures. Ku Noti was my neighbour. We grew up together in Dalam Kota. I didn’t know dia pernah duduk kat Lorong Mok Pe.

  3. When I visit my mother at Gong Kapas, I never miss to visit Restoran Safinaz. You can get a lot of updates abt old friends from them both. Once met Apandi Ahmad there…wonder where he is now.

  4. Ji, yes, Ku Noti was my neighbor for about 2 years or so.
    Sabri, yes, lots of updates from the twins. And I last heard about Apandi – he was with one of the oil companies based in Kerteh.

  5. yes! confirmed. Apandi Ahmad with Exxonmobil now in KL. I don’t know that Apandi was a Sulaimanians what year was he in?

  6. Dear Umi Salmah, thanks for the info. Apandi Ahmad was Sulaimanian 1969-1975 (or rather just a few months of 1975 before he went to Wyoming). How do we get in touch with him?

  7. gaya sofian nazar macam wakil rakyat

  8. πŸ™‚, best restoren in town,..that my father…”safri”

  9. hahahah…..sofinaz kedai makan yang hebat……

  10. terbaik!!!

  11. Alhamdulillah. Memang sedap makang kat Sofinaz (dah setahun ni tak balik). Terima kasih atas komen-komen dari cucu-cucu Nazar semua tu … Salam saya kepada Safri dan Sofian. Raya ni bila buka balik?

  12. umah trbuke raye pertame
    datg la umoh…hahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: