Al-Fatihah – Cikgu Yusof Ngah
Saya baru diberitahu bahawa Guru Besar yang kita sayangi Cikgu Yusof Ngah telah meninggal dunia pada 9hb Oktober 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, setelah dilaporkan koma beberapa hari sebelum itu.
Berita ini pertama kalinya saya perolehi dari seorang senior (Mohd Zaki Mohamed SS1967-1971) ketika menghadiri kenduri kahwin anak seorang Sulaimanian juga (Anuar Ibrahim SS1968-1972) tengah hari tadi. Saya kemudian menelefon Cikgu Wan Hassan untuk mendapat pengesahan dan maklumat lanjut. Cikgu Wan Hassan adalah seorang yang amat rapat dengan arwah malah Cikgu Yusof mengganggap beliau sebagai adik beradiknya sendiri.
Cikgu Yusof pernah menjadi Guru Besar untuk tempoh yang agak lama mulai 1975 hingga 1982. Arwah kemudian menjadi Pengarah Pelajaran Daerah sebelum ditukarkan ke Kementerian Pelajaran/Pendidikan dan bertugas kali terakhir di Pusat Perkembangan Kurikulum. Cikgu Yusof adalah seorang yang lembut dan santun serta tinggi budi pekertinya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan meletakannya di kalangan orang-orang yang soleh. Amin …
Dear Karim, thank you for updating us with the news on the death of our former headmaster Cikgu Yusof Ngah. I have always love him as a teacher. My condolence to his wife Cikgu Zainah, if you all can recalled. We were always called by Cikgu Zainah to help her whenever the couple invited their friends for a makan as we stay in the hostel just nearby their home. As far as I can remember, Cikgu Yusof was one of the soft spoken teacher and a headmaster. May Allah bless him always. Although we have not met since I left school but the thought of their kindness especially his wife, cikgu Zainah augurs well in my heart and mind. Both did taught us in school.
al fatihah jua dari saya sefamili.btw, mok ku, cikgu zainah tu yg mengajar kita bahasa malaysia ke ?
Mokku dan Suhaimi, isteri Arwah Cikgu Yusof meninggal dua tahun sebelumnya. Dan Cikgu Zainah bukan isteri arwah.
Al Fatihah,
The most respected principal indeed as all the good saying.
Rest in peace Sir….
Hadi 1981 -1985
Al- Fatihab……….masih terkenamg zaman kegemilangan SMSS bersama Allahyarham.
masih dan selalu terkenangn zaman persekolahan di tingkatan 6 tahun 1978-79
The Late Principal cikgu Yusof Ngah took the position of the new Principal after Cik Gu Mokzani? in 1975.I was back then in Lower sixth form. He has a fair skin and was a very good looking man who spoke soft yet careful, gentle yet stern. He has a facial expression which is easy to remember till now. Sir, May you rest in peace under the blessful and mercy of Allah The Almighty.
Roslina, yes Cikgu Yusof ganti Cikgu Razani (but not Mokzani) – https://sulaimanian.wordpress.com/the-headmasters/
saya cikgu hafidz yang mengajar di ss tahun 82&83 ingin mengucap takziah dan selamat hari RAYA,maaf zahir batin….email saya ialah
aho@utm.my..
Yusof Ngah adalah guru saya Di TMS Besut, 1967-69. Sangat segak orangnya, lulus dari Otago University, NZ (MA). Mengajar subjek English dan Sejarah. Kahwin dgn muridnya Zahariah, classmate saya dan tidak memperolehi sebarang anak. Isterinya meninggal beberapa tahun sebelumnya. Alfatehah