Sulaimanian Syed Munshe – Duta baru Malaysia ke Indonesia
Duta Baru Serah Watikah Pelantikan Kepada Presiden Susilo
Oleh Ahmad Fuad Yahya
JAKARTA, 12 Jan (Bernama) — Duta baru Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan [Sulaimanian1972] Selasa menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka di sini.
Upacara disaksikan oleh Menteri Luar Indonesia Marty Natalegawa, Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Djoko Suyanto dan Menteri Setiausaha Negara Sudi Silalahi.
Syed Munshe Afdzaruddin, 55, yang menggantikan Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain, sebelum ini adalah Duta Besar Malaysia ke Iran.
Indonesia bukan asing bagi Syed Munshe Afdzaruddin kerana, sebelum bertugas di Iran pada 2005, beliau adalah Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan sebelumnya adalah Konsul Jeneral Malaysia di Medan.
Syed Munshe Afdzaruddin, yang berkelulusan sarjana dalam bidang perhubungan antarabangsa, Universiti Harvard, Amerika Syarikat, memulakan perkhidmatannya di Wisma Putra pada 9 Jan 1984 sebagai Penolong Setiausaha dan empat tahun kemudian dilantik sebagai Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia di Seoul.
Pada tahun 1991, beliau kembali ke Malaysia untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha (Ekonomi), Wisma Putra, dan Pengarah II Asean, Wisma Putra sebelum dilantik sebagai Kaunselor Kedutaan Malaysia di Paris pada 1996.
Presiden Susilo hari ini turut menerima watikah pelantikan enam duta asing lain yang dilantik berkhidmat di Indonesia.
Mereka terdiri Duta Besar Kuwait Naser Bareh Shahir El Enezi, Duta Besar Pakistan Sanaullah, Duta Besar Brunei Datuk Paduka Mahkamd Saidin, Duta Besar Cyprus Nicos Panayi, Duta Besar Algeria Abdelkrim Belarbi dan Duta Besar Switzerland Heinz Walker-Nederkoorn.
— BERNAMA
I have heard about Syed Munshe, but I have never knew he is our country man from Terengganu and like you said Karim, is he Pokya’s brother ke? Anyway, wish him the best of luck. Yang I tahu the writer Ahmad Fuad is my colleague here who had just been transfered to Jakarta late last month.
Mokku, our Syed Munshe is Harvard grad. He is Pok Ya’s brother (Din)’s batch that include Abdul Ghaffar (Apo), Bukhori, Raja Kamarul, my brother Kamal, and many of the MCE72.
Tahniah Dato’? lame doh berbakti…tinggal tngganu berape lame? memang saboh doh….balik tenggganu kabo ah sepatoh…jumpe member lama ..zali samad ada pula kapas agi …dia dok tahu kot pasal jadi duta ke indonesia ni…nanti ahh kabo ke dia ..buat semayang ajat mntax selamat diindonesia tuu….salam ..dolrazlan.
Thanks 4 giving a lot of info about x sulaimanians. I do hope 2 get the list of many ss stars and idols (pfo n accademician etc)who already secceed fr u n others so that I can compile 4 the school record to proof 2 education department n ministry of education in promoting our ss 2 become one of the High Performance School. 1 am now teaching in ss. Hasnah Md Yusoff MCE 77 – 0199348696
Thank you Cikgu Hasnah,
We hope you and other Sulaimanians that are now teaching at SS could help update us with current news. Please send news/articles to me akarimomar@yahoo.com