Tuanku Mizan meriahkan Hari Keluarga SMKSS

Tuanku Mizan Zainal Abidin beramah mesra dengan rakan-rakan bekas pelajar SMK Sultan Sulaiman tahun 1978 di SMK Sultan Sulaiman, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 26 Julai – Setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan, pertemuan semula dengan rakan-rakan lama merupakan detik-detik indah dan amat menggembirakan.

Inilah juga tentunya yang dirasai oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) sebuah sekolah ternama di negeri ini yang melahirkan ramai pemimpin dan tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Hari Keluarga Kelab Sultan Sulaiman 78 (SS78) yang diadakan baru-baru ini menemukan bekas pelajar era 1974-1978 dan ia menjadi begitu bermakna dan meriah sekali apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke majlis itu.

Baginda bersama keluarga diraja berangkat ke majlis tersebut untuk berada dalam lingkungan rakan-rakan bersama keluarga masing-masing, bermesra dan bertanya khabar tentang kehidupan semasa.

Majlis yang dicadangkan oleh baginda sendiri itu bukan sahaja mengimbau nostalgia sewaktu di alam persekolahan tetapi juga bagi mengukuhkan kembali jalinan silaturrahim sesama bekas pelajar dan juga keluarga mereka.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan baginda berdua ditemani keempat-empat anakanda iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’.

Lebih 200 rakan persekolahan baginda hadir dan antara yang kelihatan ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Nawawi, komposer Manan Ngah dan pengamal media, Datuk Manja Ismail.

Pada majlis tersebut, keluarga diraja begitu terhibur dengan pelbagai acara diatur di samping dipertontonkan sejenis permainan tradisional ‘tendang penalti bola kayu’.

Ia juga merupakan permainan kegemaran Tuanku Mizan pada waktu luang ketika menuntut di sekolah terbabit.

Bagi memeriahkan sambutan, pelbagai acara diadakan seperti sukaneka, dekorasi wau bulan, bola jaring, dart serta ping pong.

Sementara itu, Pengerusi Kelab SS78, Dr. Mazman Sulaiman berkata, acara Hari Keluarga SS78 merupakan acara pertama kali diadakan sejak kelab berkenaan ditubuhkan.

“Penganjuran Hari Keluarga tersebut diadakan atas permintaan Tuanku Mizan sendiri bagi mengeratkan hubungan antara bekas-bekas pelajar di sekolah itu ketika baginda turut sama belajar di sekolah yang sama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

~ by akarimomar on July 27, 2010.

5 Responses to “Tuanku Mizan meriahkan Hari Keluarga SMKSS”

  1. […] https://sulaimanian.wordpress.com/2010/07/27/tuanku-mizan-meriahkan-hari-keluarga-smkss/ […]

  2. Alumni SS akan mengadakan Perjumpaan Hari Raya tahun ini pada 3 syawal (Raya ke 3) di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, K.Trg. Semua ex-students SMSS dijemput hadir. Kita akan buat secara besar-besaran pada tahun ini. Keterangan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan : Sdr Manan Ngah (013-6654120), Puan Maznah Salleh (012-2167774), Sdr Ibni Amin Busu (013-9817000) dan Sdr Hashim Ibrahim (013-9157448). Yuran RM30.00 seorang dan RM50.00 sekeluarga….

  3. […] nanti. Maklumat ini di sampaikan oleh Sdr. Che Hashim Ibrahim melalui komen beliau di posting: Tuanku Mizan meriahkan Hari Keluarga SMKSS Alumni SS akan mengadakan Perjumpaan Hari Raya tahun ini pada 3 syawal (Raya ke 3) di Sekolah […]

  4. […] We have so many big names from our school making headlines in the newspaper almost everyday but still many would not notice as we usually do not mention about SS in the story. Of course everybody knows and read about our schoolmate Tuanku Sultan who had just finished his term as the 13th YDPA. We are all proud to be associated with his former school. And of course his former batch mate are even more proud of having such association – with so many functions organised during his tenure as YDPA. […]

  5. […] We have so many big names from our school making headlines in the newspaper almost everyday but still many would not notice as we usually do not mention about SS in the story. Of course everybody knows and read about our schoolmate Tuanku Sultan who had just finished his term as the 13th YDPA. We are all proud to be associated with his former school. And of course his former batch mate are even more proud of having such association – with so many functions organised during his tenure as YDPA. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: