Family Day SS78 – 2010
sumber: http://www.smksultansulaiman.edunet.my
Sabtu, 24 Julai 2010- Buat julung kalinya DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Hari Keluarga Kelab Sultan Sulaiman 78 yang diadakan di Dataran Perdana SMKSS bersama dengan rakan-rakan bekas pelajar SMK Sultan Sulaiman tahun 1978.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan baginda berdua ditemani keempat-empat anakanda iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az, Tengku Fatimatuz Zahra’.
Lebih 200 rakan persekolahan baginda yang hadir antaranya ialah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ahli Dewan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Nawawi, komposer terkenal, Manan Ngah dan pengamal media, Datuk Manja Ismail. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sukaneka, dekorasi wau bulan, bola jaring, dart, ping pong, persembahan nyanyian dan gamelan.
Kedatangan baginda disambut dengan meriah oleh pihak pengurusan sekolah, bekas pelajar SS 78, guru-guru dan para pelajar. Dengan kehadiran baginda ke SS banyak perubahan fizikal yang kita dapat lihat di sekolah terutamanya lanskap yang menarik dan keceriaan setiap kelas. Inilah semangat yang ingin dilihat di sekolah ini. HIDUP SS!!
Laporan lain:
confused. so actually re-union ni buat 24 ke 26? btw, looking forward for this event ot be done annually. boleh aku datang dgn bapakku sekali. batch 74-78. and me 98-02. hehe
Tompoq,
Nothing to be confuse about. The event was on 24th – as reported by the school website (with the current date). Those published by the newspaper were dated 26th of the event two days earlier.
Yes, should come to the Raya Reunion with your dad – more info here.