Reunion Kelas 5X 1973
dipetik dari Facebook: Md Kamil Kasim
Rakan-rakan sekelian.
Sehubungan dengan perkara di atas, satu mesyuarat berkenaan dengan reunion tersebut telah di adakan pada 14hb Ogos 2010 jam 8.30 pagi. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Md Kamil Kasim, Mohd Umbaidah tengah, Mohd Razin Jaafar, Baharuddin Ali, Mohd Zohaini Azhar dan Zainuddin Yusof.
Hasil dari perbincangan dan permesyuarahan telah dengan sebulat suara membentuk Majlis Ahli Jawatankuasa yang akan mengendalikan urusan Reunion tersebut.
Majlis Ahli Jawatankuasa terdiri dari:
Pengerusi: Md Kamil Kasim
Setiausaha: Mohd Umbaidah Tengah
Bendahari: Baharuddin Ali
Ahli Jawatankuasa Urusetia:
Mohd Razin Jaafar
Mohd Zohaini Azhar
Zainuddin Yusof
Harun Hassan
Ahli Majlis reunion juga telah bersepakat untuk mengadakan Majlis Reunion tersebut seperti yang tertera dibawah:
Tarikh: 3 Syawal 1431 atau pada 12 September 2010.
Pukul: 8 – 11 malam.
Tempat: Batu Burok Beach Resort
(Cadangan Asal – Motel Desa)
Aturcara Majlis yang dirancang:
- 8.00 pm – Pendaftaran
- 8.30 pm – Ucapan Aluan: MC – En Zainuddin Yusof
- 8.40 pm – Ucapan: Pengerusi
- 8.50 pm – Ucapan: Setiausaha (Sejarah & Kronologi Reunion)
- 9.00 pm – Majlis Memperkenalkan diri – Biodata rakan-rakan yang hadir.
- 9.30 pm – Sessi Pengambaran/Photography
- 9.45 pm – Majlis Suai Mesra
- 11.00 pm – Majlis Bersurai.
Bagi melaksanakan Majlis reunion tersebut pihak Ahli Majlis juga telah bersetuju untuk memohon sedikit bayaran daripada rakan-rakan iaitu sebanyak RM50.00 seorang. Bagi yang tidak dapat hadir diharap dapat juga memberikan sedikit sumbangan.
Tarikh akhir bayaran sebolah-bolehnya sebelum 30hb Ogos 2010. (Dipercepatkan – harap maaf)
Bayaran hendaklah di buat kepada Baharuddin Bin Ali – Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
Nombor Akaun: 11100-41-00012247-4
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Md Kamil Kasim (013-9685710), Mohd Umbaidah Tengah (012-9581612) ataupun Baharuddin Ali (012-9898134).
Kepada yang telah membuat bayaran, sila scan atau ambil foto slip bayaran tersebut dan kempilkan bersama mesej yang dihantar kepda salah seorang dari 3 orang yang dinyatakan di atas.
[…] (klik) […]