Jadikah Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Alumni SS?

Ketika melepasi kawasan sekolah, hati merasa berdebar-debar ingin membaca banner promosi “Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Alumni SS”. Setelah enam jam memandu, keghairahan tersebut bertukar menjadi seribu persoalan. Apakah jadi perjumpaan Hari Raya tersebut? Kalau jadi kenapa masih belum ada apa-apa tanda bahawa akan ada suatu perjumpaan besar-besaran?

Inilah gambar yang sempat kami rakam ketika memperlahankan kenderaan kami.

Tiada banner iklan majlis yang telah diwarwarkan sejak dua bulan lalu. Tidak ada tergantung di sekitar pagar mahupun di jejantas pejalan kaki depan sekolah. Tahun lepas terpampang satu banner di lokasi khas untuk banner telah digunakan untuk memaparkan iklan majlis (walaupun saya ada membuat komen dari segi grafik banner tersebut).

Tidak puas hati dengan apa yang saya lihat semalam manalah tahu kalau-kalau saya tidak ternampak iklan yang sudah terpampang dan saya mahukan kepastian, maka tengah hari tadi dalam suasana hujan renyai-renyai saya sekali lagi melalui depan pagar sekolah.

Dan inilah pula yang saya rakam hari ini:

Ini dari hala bandar. Tiada sebarang tanda promosi perjumpaan pada jejantas pejalan kai.

Tiada juga di pagar

Mungkin di sini tidak sesuai kerana terlalu rendah

Yang ada hanyalah ucapan tahniah warga SS di atas kenaikan gred jawatan pengetua kanan sekolah

Saya kemudian membuat pusingan U untuk mendapat gambaran dari seberang jalan menghala ke bandar pula:

Tiada juga kelihatan dari posisi ini

Maka yang menjadi persoalan asal tadi, jadikah majlis perjumpaan Hari Raya Alumni SS tahun ini?

Saya menjangkakan jawatankuasa Alumni mengambil inisiatif menguna peluang ini bagi menyambut kepulangan “Old Sulaimanians” ke kampung menyambut Hari Raya serta menjemput mereka untuk ramai-ramai menghadiri majlis tersebut.

Alangkah seronok dan berbangganya rasa bila kita pulang sesekali dan melihat kain rentang menyambut bekas pelajar SS di depan pagar sekolah. Alangkah seronoknya sambil kita menunjukkan kebanggaan kita kepada anak-anak kita sambil membacakan aluan selamat pulang berhari raya dan menjemput untuk hadir majlis perjumpaan hari Raya! Dok ggitu?

Kepada AJK, bukan tujuan posting untuk mencari salah, tetapi biarlah kita buat betul-betul “alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan”. Tahun lepas saya telah membuat beberapa saranan dan komen untuk penambahbaikan majlis akan datang agar perjumpaan yang dijangkakan secara besar-besaran kali ini berjaya.

Bacanya di sini:

******

kemaskini 9 Sep 2010: Banner Perjumpaan Hari Raya Alumni SS sudah naik!

Advertisement

~ by akarimomar on September 8, 2010.

2 Responses to “Jadikah Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Alumni SS?”

  1. […] Ketika melalui jalan di depan sekolah sekitar jam 3 petang tadi, banner berwarna jingga kelihatan memaklumkan majlis perjumpaan tersebut (sebelum ini saya bertanya “jadikah perjumpaan tersebut?” kerana banner belum naik). […]

  2. […] The busiest day of the year was September 9th with 595 views. The most popular post that day was Jadikah Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Alumni SS?. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: