SMK Sultan Sulaiman anjur cabaran futsal

sumber: Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Satu kejohanan futsal bawah 13 dan 14 tahun diadakan di gelanggang futsal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman.

Sebanyak 20 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan itu yang dikelolakan Unit Kluster Bola Sepak sekolah itu.

Penolong pengurus kejohanan, Hamdan Awang berkata, ia diadakan dengan matlamat mencari bakat baru dalam arena bola sepak dan memberi peluang kepada pelajar bergiat aktif dalam sukan tersebut.

“Saya bangga sebab ramai pelajar berjaya membentuk pasukan masing-masing bagi menyertai kejohanan yang julung kali diadakan ini.

“Apa yang saya perhatikan, sekolah ini memang kaya dengan bakat besar dalam sukan bola sepak dan ia memberi keyakinan tinggi kepada kami bahawa SMK Sultan Sulaiman akan terus berada pada kedudukan baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, melalui pertandingan seperti itu, pendekatan mencari dan mengenal pasti bakat baru akan dapat dijayakan dengan lebih baik.

“Alhamdulillah, sepanjang kejohanan, kami sudah mengenal pasti beberapa bakat pelajar untuk diserap ke pasukan bola sepak sekolah pada tahun hadapan.

“Kami di Unit Kluster Bola Sepak diketuai Azahari Salim akan terus menggilap bakat pelajar dalam bola sepak kerana kami tahu pelajar di sekolah ini menjadikan bola sepak sebagai ikon dalam kegiatan sukan,” katanya yang juga Pengadil C Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

~ by akarimomar on November 11, 2010.

One Response to “SMK Sultan Sulaiman anjur cabaran futsal”

  1. salam mr. karim memang bagus kalau anjur program cam ning sb buleh cari bakat2 baru. masa kite sekolah dulu x prog cam ning semoga berjaya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: