Pelajar perempuan SMKSS main futsal

sumber: Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman membuktikan kebolehan mereka bermain futsal yang selama ini sering dimonopoli golongan lelaki.

Penyelia Blok Bestari, Hasnah Yusuf berkata, beliau berbangga dengan pelajar perempuan Blok Bestari sekolah ini yang berupaya membentuk pasukan futsal bertanding pada Cabaran Futsal, anjuran Unit Kluster Bola Sepak sekolah itu.

“Usaha dan pendekatan yang diambil Unit Kluster Bola sepak itu adalah langkah tepat dalam melahirkan bintang baru sukan bola sepak di sekolah ini.

“Lebih membanggakan apabila kejohanan juga membuka ruang kepada pelajar perempuan untuk turut sama menyertainya,” katanya yang juga seorang Guru Cemerlang Pendidikan Sukan di sekolah itu.

Sementara itu, Penolong Penyelaras Unit Kluster Sukan Bola Sepak SMK Sultan Sulaiman, Hamdan Awang berkata, Unit Kluster Bola Sepak akan terus menggandakan usaha mencari bakat baru bagi meningkatkan kebolehan pasukan sekolah menghadapi kejohanan pada tahun hadapan.

“Insya-Allah pada tahun hadapan, Cabaran Futsal akan dibuka untuk kepada pelajar seandainya masa dan peruntukan mencukupi untuk menjayakannya,” katanya.

Bagi Kategori Bawah 14 Tahun Perempuan, Pasukan Jujur di bawah bimbingan Nur Shuteena Abdullah meraih juara setelah mengalahkan Pasukan Ikram.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Hasnah pada satu majlis sederhana tetapi cukup meriah.

~ by akarimomar on November 22, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: