Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 – 2011
Sumber: http://www.smksultansulaiman.edunet.my
Isnin, 03 Januari 2011- SMKSS telah mengadakan Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 di bawah kelolaan unit Kaunseling bertempat di Dewan Aspuri SMKSS. Majlis ini diadakan dari 3 hingga 5 Januari 2011.
Murid didedahkan dengan pelbagai perkara berkaitan dengan hal ehwal sekolah. Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya majlis suai kenal dan taklimat berkaitan akademik dan ko akademik.