Terkini dari Laman Rasmi SMK Sultan Sulaiman

sumber: http://www.smksultansulaiman.edunet.my/

Salam sejahtera kepada semua warga SS,

Ada beberapa perkara untuk dikongsi bersama:-

Bermula 11 April 2011, SMKSS telah melancarkan kempen Bulan Sahsiah / Bulan Disiplin. Antara kandungan kempen tersebut ialah: –

  1. Pelajar keluar kelas dengan kebenaran
  2. Pelajar berpakaian kemas
  3. Pelajar bergerak ke kelas / makmal/ bengkel dalam kumpulan mengikut laluan yang ditetapkan
  4. Pelajar tidak ponteng kelas
  5. Pelajar mengucapkan salam
  6. Pelajar beradab ketika di kantin
  7. Pelajar makan di tempat yang ditetapkan

Ujian Permata Pintar UKM 1 telah bermula bagi semua murid dari tingkatan 1 hingga 3. Murid-murid boleh melayari laman web http://www.permatapintar.edu.my/ untuk mendaftar dan menjawab soalan yang diberikan. Selamat berjaya.

Tahniah diucapkan kepada guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG44 iaitu Cikgu Maheran binti Mustafa.

Tahniah kepada pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan SPM 2010. Seramai 38 orang murid dari SMK Sultan Sulaiman telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini iaitu semua A. Seramai 3 orang murid telah mendapat straight A+ iaitu Wong Yu Jing, Mohd. Firdaus bin Abd. Rashid dan Damian Liew Wen Xian.

Advertisement

~ by akarimomar on April 20, 2011.

One Response to “Terkini dari Laman Rasmi SMK Sultan Sulaiman”

  1. Bagimanakah untuk saya sebagai bapa kepada Masyithah Syahida binti Mohd Adnan kelas 1 bestari (2011) untuk dapatkan keputusan Peperiksaan Akhir tahun 2011 daripada pihak Sekolah tuan/puan. Diatas kejasama tuan/puan saya dahulukan dengan ribuan terima sasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: