Al-Fatihah – Abdul Fatah Alias (SS 1974-75)
Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Arwah Abdul Fatah Alias, bekas pelajar tingkatan 6 Sastera pada tahun 1974-1975.
Pada 20hb Julai 2011, Abdul Fatah Alias pulang ke rahmat Allah.
Dari Sekolah Menengah Tengku Bariah, arwah menyambung tingkatan 6 di SS dan aktif dalam membantu pertubuhan Pengakap dengan menjadi Assistant Scout Master pada tahun 1974 dan 1975.
Arwah tinggal di Taman Jaya, Jalan Pusara dan bertugas sebagai Pengurus Perumahan RAKR di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menerima segala amalan baiknya.
saya terlibat dalam satu daripada projek RAKR di bawah beliau tetapi belum mendengar berita ini. Takziah kepada keluarga Arwah Abdul Fatah Alias.
Kenangan manis saya bersama Allahyarham Sdra Abd Fatah Alias ialah semasa zaman pengakap/scout (slps peristiwa 13 Mei) pernah keluar “hitch-hiking” dari K/Trg ke-S’pore. Semasa dlm perjalanan kami pernah jadi penumpang lori yg bawak muatan lebih yg akhir nya kami ditahan sementara dBalai Polis Gombak sblm di-ikat jamin oleh taukeh lori berkenaan. Kami jgak pernah tinggal sbg anak-angkat beberapa hari di-Ampangan Seremban membaiki satu keluarga pasang atap rumah. Perjalanan kami di-Batu Pahat & Simpang Renggam Johor sungguh memenatkan krn susah nk dpt transport. Di-S’pore kami tinggal di-Geylang & selalu berulang-alik ke-Arab Street berjalan-kaki, Perjalanan balik dari S’pore tak byk halangan krn senang dpt transport.
Pengelaman cemas yg tak mencemaskan bilamana pada suatu malam kami tidur di-pondok kosong di-perkuburan Cina yg akhir nya kami diselamatkan oleh unit peronda TUDM yg membawa kami tidur di-asrama TUDM.
al fatihah…amien
Saya mula kenal arwah Fatah sebagai rakan adik saya, Zul, di TBSS. Arwah kemudian menjadi junior saya semasa Form 6 di SS dan semasa menuntut di USM di tahun 80an, tetapi kami tidak pernah bertemu lagi selepas saya graduate. Kenangan saya, arwah seorang yang peramah, baik pekerti dan aktif as a brother Scout. Al-Fatehah. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas arwah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amien.