Sultan Mizan sertai rakyat kacau bubur asyura

Program anjuran bersama SS78

MARANG 23 Dis. – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam berangkat ke Majlis Memasak Bubur Asyura bersama lebih 1,000 penduduk daerah ini di Dataran Pejabat Daerah Marang di sini.

Sultan Mizan turut mengacau bubur asyura bersama-sama hadirin sebelum mengagihkannya kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada majlis itu.

Program anjuran Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama kumpulan Sultan Sulaiman 78 (SS78) itu merupakan yang ketiga diadakan dalam usaha merapakan hubungan silaturahim antara penduduk dan pemimpin.

Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali berkata, 80 kawah bubur dimasak secara berkumpulan oleh 58 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain 12 agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Bubur asyura ini mula dimasak sejak pukul 6 pagi. Kami terharu dengan sokongan mereka yang terlibat menjayakan program ini,” katanya pada majlis tersebut.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah.

A. Rahman berkata, pihaknya akan meneruskan program sedemikian dalam usaha merapatkan hubungan antara komuniti setempat dengan agensi kerajaan selain menyemai semangat muafakat dalam kalangan mereka yang terlibat.

sumber berita: Utusan Malaysia

~ by akarimomar on December 24, 2011.

2 Responses to “Sultan Mizan sertai rakyat kacau bubur asyura”

  1. bubor asyura ni wok orang luor panggil. orang trg. pangil bende?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: