Seruan Untuk Hadir Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SS
Berikut adalah seruan untuk hadir Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI SS oleh Ramli Ashari (MCE 1978) yang dipetik dari Facebook beliau.
Kepada warga Sulaimanian.
Masih ada waktu
Ucapan salam kepada semua bekas penuntut Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, sekiranya coretan ini dirasakan menyentuh perasaan para sahabat , adik-adik , abang-abang dan kakak-kakak warga sekolah menengah sultan sulaiman yang dikasihi sekelian. Tiada niat untuk menuding jari kepada sesiapa terhadap apa yang telah,sedang dan akan berlaku.
Setiap sahabat di hematkan amat berbangga menjadi penuntut ss di waktu silam. Saya pasti , setiap sahabat tetap terus berbangga di gelar bekas penuntut ss termasuk diri saya sendiri.namun , di sebalik kebanggaan ini, terselit situasi yang tidak seharusnya berlaku kepada warga kita yang sebegini besar dan tiada pernah di paparkan secara umum untuk sama-sama di renung.
‘bahtera Alumni SS tiada pernah belayar megah’
Bahkan….. Ia pernah karam 2 kali dan bakal karam buat kali ke 3, tanpa nakhoda, penunjuk arah,para pelayar dan antara sebab kebiasannya, tanpa cukup penumpang yang berhasrat menyertai pelayaran.
Tiada siapa yang harus di persalahkan secara khusus terhadap apa yang berlaku . Seluruh barisan kepimpinannya melakukan gerak kerja secara sukarela sebagaimana juga badan –badan bukan kerajaan yang lain. Kekuatan persatuan bergantung kepada jumlah ‘ahli-ahli’ nya yang berdaftar,kesanggupan para sahabat ahli,tanpa paksaan, memberikan sumbangan tenaga,buah fikiran dan kepakaran secara jujur dan ikhlas.ianya akan menjadi suntikan semangat kepada pihak barisan kepimpinan untuk terus merancang.
Apa yang sering dilihat adalah kapal-kapal kecil yang di layari sempena hari raya mengikut tingkatan-tingkatan di zaman pembelajaran dengan keserasian dan hubungan yang berterusan semenjak sekian lama. Umumnya, perhatian dan keutamaan lebih diletakkan menghadirkan diri bertemu kenalan setingkatan,meski pun sekadar makan-makan dan bersembang.tiada organisasi tersusun di perlukan, tiada ex-junior atau ex-senior yang perlu dilibatkan dan tiada yuran keahlian . Sahabat yang lebeh berkemampuan bersama menyumbang, membiayai perjumpaan. Itulah kebiasaannya .
Bahtera alumni telah di timbulkan, di hidupkan dan dilayari semula menempuh gelombang ke 3 oleh sekumpulan sahabat berpengkalan di lembah kelang pada tahun 2008. Ucapan syabas dan tahniah di atas inisiatif ,masa serta wang ringgit yang di korbankan di dalam melayarinya . Kurang lebih 50 orang sahabat perantau ex-ss yang mengambil cakna dan menjadi ahli ,sama ada tahun semasa atau se umur hidup yang majoritinya terdiri dari ex-ss tahun 1977 hingga 1980.
AGM 2010 di Kuala Terengganu yang berlangsung sekadar cukup jumlah kehadiran,telah memilih beberapa ahli jawatankuasa yang bermastautin di Kuala Terengganu dari kalangan ‘ahli alumni ss’ yang ‘ se adanya’. Urusan pentadbiran maseh berpengkalan di kuala lumpur. Pun begitu, kurang lebih 70 orang sahaja yang mendaftar sebagai ‘ahli Alumni SS ‘ sempena 2 majlis jamuan hari raya dari jumlah mereka yang bergelar ex-ss seramai tidak kurang dari 10,000 orang.
Dengan peruntukan kos dan waktu yang lebih banyak diperlukan untuk mendokong persatuan disebabkan jarak yang jauh, para sahabat pemimpin-pemimpin utama alumni ss gelombang ke 3 di perantauan ini berpendapat , jawatankuasa kepimpinan alumni perlu di terajui oleh ahli –ahli alumni ss yang berada di dalam negeri . Mereka dengan rela hati tiada berhasrat mempertahankan jawatan yang di sandang. Mereka ingin melihat alumni ss lebeh bertenaga dan berkembang , bukan nya ‘diabaikan,kembali karam dan lupakan’.
Ahli-ahli berdaftar telah dimaklumkan tentang agm yang akan di adakan mengikut peruntukan .namun hasrat mereka belum kesampaian. Agm yang di jadualkan pada 24hb mac yang lalu di tangguhkan akibat kekurangan kehadiran.
‘peristiwa bahtera alumni ss karam bakal berulang’.
Apakah itu yang ingin disaksikan????
Para sahabat sekelian , peluang untuk sama-sama melayarkan kembali bahtera alumni ss tetap masih ada . Agm telah di jadualkan semula seperti berikut;
Tarikh : 14 hb.april 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Restoren Benteng
Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man
Justeru itu,
kepada semua ex-ss dari semua peringkat umur dan tahun pembelajaran yang prihatin dan berhasrat melihat bahtera alumni ss terus mengembangkan layarnya, , masih ada waktu untuk kita sama-sama menentukan dan memberikan harapan kepada kepimpinan yang baru di kalangan kita sendiri dengan semangat setia kawan. Mendaftarlah sebagai ahli untuk tempoh 3 hari terakhir ini. Luangkanlah sedikit waktu kiranya mampu untuk sama-sama menentukan hala tujunya .
Semoga bahtera alumni ss akan mampu belayar dengan megah untuk pertama kali nya,di iringi kapal-kapal kecil sebelah menyebelah.
Mengakhiri coretan , sekali lagi saya memohon maaf sekiranya tersalah kata dan terkasar bahasa sepanjang penulisan ini.
Usaha tekun jaya,itulah amalan kita
Ramli Ashari (MCE 1978)
ibarat pelaga dimangkuk emas menanti membelai retak. waduuhhhh…
Saya tetap kagum dgn kegigihan sdra Ramli Ashari (MCE 1978). Sbg ALUMNI SS (MCE 1969) terkenang sy kpd seorg pelajar Melayu yg mempunyai mirip “kecinaan” teruk dtumbuk dlm dewan SS semasa assembly (perhimpunan awal minggu) krn wlupun sesama pelajar SS, tp sentimen ras atau perkauman begitu menebal berikutan “Peristiwa Hitam 13 Mei”. Cukup memalukan En Khalid b Jamin being the first Malay Headmaster dlm sejarah SS dpt malu sebegitu rupa dkalangan msyrkt bukan-Melayu.
Wlupun pelajar masih meniti usia keremajaan dperingkat persekolahan, mereka ini telah dcemari dgn “semangat suku-kaum etnik” yg bertentangan dgn semangat yg d ajarkan oleh Islam iaitu “semangat berkasih syg” tanpa sempadan bangsa. Nabi sndri pernah bersabda – Laa yarhamulLahu man laa yarhamunnas (Allah tidak mengasihi mereka yg tidak mengasihi manusia). Tp oleh krn sbhgn dkalangan msyrkt kita begitu dangkal dgn ilmu syariat, maka kumpulan yg punyai perkongsian kesamaan “agenda peribadi” (common interest) itulah yg menjadi kumpulan “rakan kongsi minda” yg sentiasa bleh berada dlm kumpulan eksklusif msyrkt.
Wlupun sy mgkin tak dpt bersama AGM yg djangka d adakan pd Hari Sabtu 14hb April ini krn keterlibatan sy dlm NGO Islam (Non-political)- Ijtimak Ulamak Nusantara (M’sia/Indon/S’pore/Berunei/Philipine juga tamu dr Yemen/Jordan dll) d Msjd Negeri d Shah Alam, S’ngor pd 13-15hb ini, sy TETAP ucapkan selamat bertemu dlm menjayakan AGM semoga berjaya melahirkan “satu bahtera” yg mampu mengharungi samudra yg penuh dgn cabaran. Biarlah setiap usaha itu bertatahkan mutiara IKHLAS dlm perhubungan atau perjuangan-Hamblum minalLahi wa hamblum minannas. Ikhlas adalah “menu terpenting” dlm hubungan hamba dgn Allah SWT & hubungan sesama manusia. Tanpa menu ikhlas ini samalah spt sehebat mana komputer yg dgunapakai tp “tak bersambung” dgn server (TAK ONLINE) dgn Rahmat Allah yg akhir tak punyai apa2 natijah yg baik.
SELAMAT BERSIDANG .