Mencari Gambar-gambar Sejarah Bolasepak Sekolah
Berikut adalah permintaan dari Cikgu Kamarul Zaman (FB: Cayzec Montoya):
URGENT…SEGERA!! PIHAK SEKOLAH MEMERLUKAN JASA BAIK BEKAS PELAJAR/WARGA SS UTK MENDAPATKAN SEBARANG FOTO BERKENAAN BOLASEPAK SS SEJAK DULU SAMPAI SKRG…sila hubungi saya, cg kamarul zaman..
Difahamkan bahawa ini adalah suatu usaha untuk mengumpul bahan sejarah yang memaparkan kehebatan bolasepak Negeri Terengganu iaitu suatu program Kerajaan Negeri di bawah Muzium Negeri.
Memandangkan SS adalah antara penyumbang besar dalam prestasi hebat bolasepak negeri. Malah ramai pemain negeri mahupun pemain negara di zaman kegemilangan bolasepak negara dulu turut dibarisi oleh bekas pelajar SS.
Maka bagi sesiapa yang mempunyai gambar-gambar kenangan yang bersejarah boleh salurkan kepada:
Cikgu Kamarul Zaman melalui emel: cayzec@gmail.com
Semoga mendapat kerjasama semua.
boleh contact Syamsuri Mustafa. mungkin dia ada gambar-gambar lama. dia badge saya spm 98. https://www.facebook.com/syamshaq22 <—- ni fb dia.
Jangan lupa …team bola yang ada Mubin Mokhtar