Layalia Rameli Cemerlang Di SUKMA XV
Atlet SMK Sultan Sulaiman, Layalia binti Rameli, cemerlang lagi di SUKMA XV di Pahang dengan memenangi pingat emas dalam acara 400m lari berpagar kategori wanita.
Keputusan Acara 400 M Lari Berpagar Akhir (Wanita)
Emas: Layalia b. Rameli
Perak: Wong Pui Yee
Gangsa: Saidatul Izzati bt Suhaimi
Sebelum ini Layalia telah memenangi 3 pingat emas di Kejohanan Olahraga MSSM di Stadium Utama Kangar pada bulan Mei. Layalia turut menjadi Atlit terbaik Perempuan Bawah 18 dan Olahragawati di Kejohanan Olahraga MSSD KTS 2012.
Tahniah dan syabas kepada Layalia kerana mengangkat nama SMK Sultan Sulaiman.
Memang bangga sebab dia dari SMSS, tapi berapa banyak masa belajar telah dia korbankan, berapa banyak kelas telah beliau tuang, cikgu cikgu yang sukakan nama tersenyum kembang, cikgu cikgu yang terfikir masa depan pelajar ini…menilai sinis…”sampai mana gok dgn sukang ni?”…untuk ibubapa…jangan tertipu, pelajaran lebih perlu di utamakan..jgn dengar sgt sembang para guru sukan ni….bila anak kita pass out ( or fail out )….mereka dah tak ingat lagi…sapa LAYALIA nih? eh student kita ke?..itu lah nasib beratus ratus bekas atlet SMSS yg belajar tak berapa menjadi…..utamakan pelajaran untuk masa depan sendiri…
tpi jgn kate ye xpandai ea. rajin blajo tu, sep2 olahraga ss rajin lake
hmm sudut pandang seorang pelajar mmg memandang glamour, nama, dan kejayaan yg bersifat sementara jer…komen saya untuk ‘umum’ mungkin Layalia pelajar yg cemerlang serba serbi, straight A student atau bakal dinobat pelajar terbaik Terengganu, pandang lah bekas bekas atlit yg pass out in early 80’s , 90’s ….dimana mereka sekarang, berapa org yg benar benar berjaya?, baik di sektor awam. swasta, usahawan ? bandingkan dgn rakan rakan mereka yg bukan atlit ? jawapannya ada di situ..