Al Fatihah – Mohd Fauzi Ismail – MCE72
Titipan Bukhori Abu-bakar
Dukacita dimaklumkan bahawa Mohd Fauzi Ismail, rakan alumni (MCE’72) telah kembali ke rahmatullah akhibat serangan sakit jantung pada hari Isnin 30 Januari 2017 bersamaan 3 Jamadil Awwal 1438H. Jenazahnya telah disemadikan di Kg Undang, Marang, berhampiran kediaman arwah dan keluarga.
Allahyarham Fauzi, 62 tahun, adalah rakan seangkatan di zaman persekolahan di SS. Kami sama2 dibesarkan dalam keluarga polis dan selepas tamat persekolahan sama2 pula menuntut di USM dan graduate dalam tahun yg sama (1980). Arwah kemudian melanjutkan pengajian bidang senibina di UTM, seterusnya membina kerjayanya sebagai seorang arkitek berdaftar yang mempunyai firma dan khidmat rundingan di KT dan KL.
Di kalangan alumni yg menuntut di SS sehingga pertengahan 70an, pasti mengingati arwah Fauzi kerana beliau adalah seorang olahragawan dan ahli sukan yg terbilang ketika itu – jaguh pecut, lompat pagar serta pemain bolasepak, hoki dan ragbi yg handal dan mewakili sekolah dan negeri. Kecemerlangan beliau dalam sukan, terutama dalam bolasepak, diteruskan semasa menuntut di mana beliau mewakili universiti dan kelab bolasepak serta mewakili negeri kelahiran di awal kerjaya beliau.
Arwah Fauzi merupakan seorang jaguh pecut dan ahli pasukan lumba lari 4x100m dan 4x400m sekolah yang terbilang dan tiada tandingan di zaman kecemerlngan sukan dan olahraga SS di tahun2 60an dan 70an.
Selain dari kerjayanya, arwah juga terlibat aktif dalam kerja2 sosial dan pernah memimpin satu pertubuhan koperasi negeri.
Pemergian arwah amatlah dirasai oleh rakan2 sebaya, rakan2 sekerja dan perniagaan kerana arwah terkenal dengan sifat periang dan merendah diri dan mudah berkawan. Kehilangannya lebih2 lagi dirasai ketika kami dan rakan2 seangkatannya sedang merancang untuk menganjurkan satu pertemuan semula (grand reunion) pada pertengahan bulan April ini.
Ucapan takziah untuk seluruh keluarga arwah semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Allah mengampun segala dosa dan mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.