Reunion LCE ’70 dan MCE ’72 – 14-15 April 2017

•March 18, 2017 • Leave a Comment

Reunion 2017 – Peringatan kepada sahabat2 batch LCE ’70 dan MCE ’72. Perjumpaan sulung yang dianjurkan … Jom daftar segera!
Tarikh: 14 & 15 April 2017
Tempat : Scout Inn Resort, Kuala Terengganu.

Mengimbau kenangan, mengerat silaturrahim.

Hubungi – Bukhori Abu-bakar

 

Al Fatihah – Mohd Fauzi Ismail – MCE72

•March 18, 2017 • Leave a Comment

Titipan Bukhori Abu-bakar

Dukacita dimaklumkan bahawa Mohd Fauzi Ismail, rakan alumni (MCE’72) telah kembali ke rahmatullah akhibat serangan sakit jantung pada hari Isnin 30 Januari 2017 bersamaan 3 Jamadil Awwal 1438H. Jenazahnya telah disemadikan di Kg Undang, Marang, berhampiran kediaman arwah dan keluarga.

Allahyarham Fauzi, 62 tahun, adalah rakan seangkatan di zaman persekolahan di SS. Kami sama2 dibesarkan dalam keluarga polis dan selepas tamat persekolahan sama2 pula menuntut di USM dan graduate dalam tahun yg sama (1980). Arwah kemudian melanjutkan pengajian bidang senibina di UTM, seterusnya membina kerjayanya sebagai seorang arkitek berdaftar yang mempunyai firma dan khidmat rundingan di KT dan KL.

Di kalangan alumni yg menuntut di SS sehingga pertengahan 70an, pasti mengingati arwah Fauzi kerana beliau adalah seorang olahragawan dan ahli sukan yg terbilang ketika itu – jaguh pecut, lompat pagar serta pemain bolasepak, hoki dan ragbi yg handal dan mewakili sekolah dan negeri. Kecemerlangan beliau dalam sukan, terutama dalam bolasepak, diteruskan semasa menuntut di mana beliau mewakili universiti dan kelab bolasepak serta mewakili negeri kelahiran di awal kerjaya beliau.

Arwah Fauzi merupakan seorang jaguh pecut dan ahli pasukan lumba lari 4x100m dan 4x400m sekolah yang terbilang dan tiada tandingan di zaman kecemerlngan sukan dan olahraga SS di tahun2 60an dan 70an.

Selain dari kerjayanya, arwah juga terlibat aktif dalam kerja2 sosial dan pernah memimpin satu pertubuhan koperasi negeri.

Pemergian arwah amatlah dirasai oleh rakan2 sebaya, rakan2 sekerja dan perniagaan kerana arwah terkenal dengan sifat periang dan merendah diri dan mudah berkawan. Kehilangannya lebih2 lagi dirasai ketika kami dan rakan2 seangkatannya sedang merancang untuk menganjurkan satu pertemuan semula (grand reunion) pada pertengahan bulan April ini.

Ucapan takziah untuk seluruh keluarga arwah semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Allah mengampun segala dosa dan mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

SSS 1953 – 1960 Reunion

•September 23, 2014 • 3 Comments

Announcement:

 

23/09/2014 (REMINDER)

Dear Classmates,
Assalamualaikum & Hello,

REUNION SSS 1953 – 1960
Date: 11 October 2014 (Saturday)
Time: 11am – 2pm
Venue: PRIMULA BEACH HOTEL,  KUALA TERENGGANU
————————-

We have to confirm the final NUMBER OF ATTENDEES to the Primula “Sales Dept” very soon. As such all those who had previously indicated/affirmed their wish to join the “REUNION” will please REAFFIRM their attendance indicating clearly whether ALONE or WITH COMPANION(S). If with companion(s), how many?

Companions may include spouses, family members, friends, chauffeurs, nursemaids, assistants, etc; all of whom will be included as “members” on equal basis*.

Thank you.

Nik Aziz Kamil Tel 012 3293077
Besar Saaid Talib Tel 013 9212393
Rahimah Musa Tel 013 9413041
Long Rahman Tel 019 9853000
and Majid Ibrahim Tel 013 3604849

*P/S: “on equal basis” means RM65.00 per head as charged by Primula. We will have a collection box placed at the entrance of our Meeting Room.”

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Alumni SS

•July 27, 2014 • 3 Comments

alumni SS raya 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Alumni SS

Tarikh:

30 Julai 2014 bersamaan 3 Sywwal 1435

Masa:

10 pagi – 1 tengsh hari

Tempat:

Dewan Sekolah SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

 

Mesyuarat Agung Tahunan ke 5 Alumni SS (2014)

•March 5, 2014 • 1 Comment

Alumni SS - logoRujukan :             : Bil (1) dlm. ALSS/MSAG/1-14

Bertarikh             : 20 Februari, 2014

Semua Ahli

 

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE LIMA (5) –  ALUMNI SS BAGI SESI 2014.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa ALUMNI SS akan mengadakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMA BAGI TAHUN 2014 pada SABTU 22 MARCH 2014 mulai jam 2.30 petang bertempat di HOTEL PRINZPARK, KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU.

 

3.           Agenda Mesyuarat Agung Kali Pertama adalah sebagaimana berikut :-

3.1.        Perlantikan Pengerusi Mesyuarat

3.2.        Mengumumkan Jumlah Kuorum Mesyuarat Agung

3.2.        Membentangkan Aktiviti ALUMNI SS

3.3.        Membentangkan Penyata Kewangan ALUMNI SS

3.4.        Usul-Usul (Jika Ada)

3.6.        Ucapan tangguhan

4.           Sempena Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada tarikh diatas, Urusetia Jawatankuasa Induk Kelab SS78 menjemput dan mempersilakan Dato’/Tengku/Tuan/Puan untuk menyertai sukan persahabatan seperti Golf, Bowling, Dart dan Carrom pada sebelah pagi bermula jam 8.00 pagi. Jemputan dan borang penyertaan adalah sebagaimana kertas lampiran bersama notis panggilan Mesyuarat Agung Tahunan. Jawapan penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada pihak Urusetia sebelum 15hb Mac, 2014. Buku Mesyuarat Agung juga akan diedarkan semasa Mesyuarat Agung dijalankan nanti.. Sila hubungi Setiausaha ALUMNI SS iaitu Puan Fadzilah Binti Yasin di H/P : 019-9899181 ATAU Encik Hashim Bin Hj Ibrahim @ chein : 013-9157448.

 

Sekian, terima kasih

“SATU MATLAMAT SATU SUARA”

Saya yang menurut perintah,

ALUMNI SS

 

FADZILAH BINTI YASIN

Setiausaha

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2013 Alumni SS

•August 9, 2013 • 2 Comments

Kepada semua bekas pelajar SS dijemput hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2013 Alumni SS:

Tarikh: 10 Ogos 2013 (Sabtu) – Raya ke 3

Masa:  10 pagi – 1 tgh

Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

Untuk Maklumat Lanjut:

Fadzilah Yasin: 019-9899181 – FB: Fadzilah Yasin

Ramli Ashari: 019-9344442 – FB: Ramli Ashari

Hashim Ibrahim: 013-9157448 – FB: Hashim Ibrahim

JOM BERSAMA … Terbuka untuk semua bekas pelajar SS tidak kira tahun berapa.

AlmniSS Raya2013

AJK Alumni SS, Hashim Ibrahim turut mohon sumbangan:

Saya bagi pihak PERSATUAN ALUMNI SS memohon bantuan dan sumbangan dari pihak tuan/puan yang berada dalam grup ini agar dapat menyalurkan sedikit sumbangan kewangan sebanyak RM10.00 seorang bagi menjayakan pelbagai aktiviti persatuan dan juga untuk perbelanjaan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha nanti. Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan terus ke akaun ‘MAYBANK ISLAMIC’ di no: 563019229857.

Hi-Tea ALUMNI SS bersama Datuk Presiden – 29 Jun 2013

•June 8, 2013 • 1 Comment

Salam semua bekas pelajar SSSS;

Jangan lupa dijemput hadir ke Hi-Tea ALUMNI SS bersama Datuk Presiden (Datuk Hj Mazlan Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu) pada hari Sabtu 29 Jun, 2013 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang bertempat di The Royale Bintang, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bayaran RM80.00 seorang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Noriah Ashari….Terima kasih

pesanan dari Sdr. Hashim Ibrahim di FB Alumni SS

Teacher Mr. Yee Mook Sin (SSPS1) Passed Away

•February 15, 2013 • 1 Comment

Yee Mook SinDear Sulaimanian,

Sad to inform that your for teacher Mr Yee Mook Sin has pass away on 14/01/2013. Kindly contact this phone number for further information.

Tel: 05-3115073

Your sincerely,
CS Yee

read also: SSPS1 – Standard 5 (1968)

*********

Received this message this morning

Majlis Sambutan GALA DINNER 2012 Ex-Sulaimanians

•October 23, 2012 • 3 Comments

Jemputan Untuk Semua bekas pelajar SS (Ex-Sulaimanians):

[klik untuk baca jemputan dalam bentuk .pdf]

Sepakat Membawa Berkat

 Presiden dan semua AJK Induk dan Penyelaras

 Dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput

……………………………………………………………………………………………

Ke Majlis Sambutan GALA DINNER 2012 Ex-Sulaimanians

 

1 Disember, 2012 (SABTU) mulai jam 7.45 malam

Bertempat di Primula Beach Hotel,

Kuala Terengganu

KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu telah mengampuni perkenan mencemar Duli untuk berangkat bagi memeriahkan lagi majlis itu nanti.

* Sila beri jawapan sebelum 15hb Oktober, 2012

 (Admin: Maaf saya terlewat buat posting ini – masih sempat lagi kot?)

Untuk Pengesahan Kehadiran, Sila hubungi   :-

Hjh Ramlah Bt Idris        (019-9147515 – ramlah@ypkt.gov.my)

Hashim Bin Hj Ibrahim (013-9157448 – cheinbrahim@yahoo.com.my)

Fadzilah Bt Yasin             (019-9899181 –  dilahyasin@yahoo.com)

Maznah Bt Salleh              (016-9807774 – maznah@umt.edu.my)

Rozlan Bin Sulaiman       (017-286 0737 – lanpjy@yahoo.com)

Bayaran dikenakan  : RM80.00 seorang

Pakaian           : Batik/Baju Kurung

TENTATIF ATURCARA MAJLIS

Tarikh  : 1 Disember, 2012 (Sabtu)

Tempat: Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

Jam 7.45 mlm   –    Pendaftaran Tetamu

Jam 8.00 mlm   –    Ketibaan dif-dif jemputan

Jam 8.10 mlm    –    Ketibaan YB Dato’ Presiden

Jam 8.30 mlm    –    Keberangkatan tiba KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu

Jam 8.45 mlm    –    Keberangkatan masuk KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu ke Dewan Banquet

–   Lagu NegaraKu

–   Lagu Selamat Sultan

–   Lagu Sekolah SMSS

Jam 9.00 mlm   –    Ucapan YB Dato’ Presiden Alumni SS

Jam 9.10 mlm    –    Titah Ucapan KDYMM Sultan

Jam 9.15 mlm    –    Persembahan hadiah kemenangan

Jam 9.30 mlm   –    Majlis Santanpan dan Jamuan

–   Bacaan Sajak

–   Persembahan Nyanyian

–   Tayangan Video/Slide

Jam 10.30 mlm –   Majlis temu bual dengan KDYMM Sultan dan Sultanah

Jam 11.15 mlm  –   Keberangkatan Balik KDYMM Sultan Dan Sultanah Terengganu

Al Fatihah – Dr. Mohd Rani Jusoh (Headboy 1968)

•August 2, 2012 • 7 Comments

Hostel Prefect 1968 

Warga Sulaimanian merakam ucapan takziah ke atas keluarga Dato’ Dr. Mohd Rani Jusoh, yang telah pergi ke rahmatullah pagi ini.

Arwah adalah “headboy” dan “hostel captain” pada tahun 1968.

Ramai Sulaimanian (tahun 60an dan juga awal 70an) yang hadir untuk solat jenazah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur selepas Asar.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Klang Gates.

Majlis tahlil akan diadakan di Masjid AlHidayah Taman Melawati, untuk 3 petang berturut, mulai hari ini pada jam 6:45 petang. Bagi yang berkelapangan dijemput hadir.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah.

****************

From Ampang Puteri Specialist Hospital website:

Dato’ Dr. Mohd Rani commenced his practice at KPJ Ampang Puteri Specialist effective Aug 2001 and Medical Director of Ampang Puteri Specialist Hospital since 2004. He obtained his MBBS (Malaya) in 1975, MRCP (UK) in 1980, MRCP (Ireland) in 1980, FRCP (Ireland) in 1991 and FRCP (Edinburgh) in 1997.

Dato’ Dr. Mohd Rani was attached with General Hospital Kuala Lumpur as Head of Neurology Department from 1986 to 2001 cum lecturer in Neurology and Medicine with National University of Malaysia from Sept 1981 to Dec 1985. In 1995, he had his Fellowship in Clinical Neurophysiology at Newcastle General Hospital, England and Fellowship in Clinical Neurology and Neurophysiology at Toranomon Hospital, Tokyo Japan in 1991.