Pengumuman dari Laman Web Rasmi Sekolah – 29 Jan 2011

Salam sejahtera kepada semua warga SS,

Ada beberapa perkara untuk dikongsi bersama:-

Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua, Tn. Hj. Zakaria bin Awang kerana dinaikkan pangkat ke Gred Jusa C.

Tahniah diucapkan kepada guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG48 iaitu:-

  1. En. Ahmad bin Omar
  2. Tn. Hj. Salleh bin Yaacob

Tahniah kepada pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan PMR 2010. Seramai 115 orang murid dari SMK Sultan Sulaiman telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini iaitu semua A.

Tahniah kepada Cikgu Mohd. Mustafa bin Chik kerana telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baru menggantikan Cikgu Mohd. Saberi bin Salleh.

Guru-guru yang telah bertukar pada tahun ini ialah:-

  1. Cikgu Adawiyah binti Adam
  2. Cikgu Bibi Fauziah binti Abdul Manan
  3. Cikgu Mazni binti Ibrahim
  4. Cikgu Nik Nor Asiah binti Mohamad
  5. Cikgu Noorisah Akmal binti Mohamad Noor
  6. Cikgu Rohima binti Muda @ Su
  7. Cikgu Zainun binti Abdullah
  8. Cikgu Zulkifli bin Yusof
  9. Cikgu Yusri bin Abdullah
  10. Cikgu Mohd. Saberi bin Salleh

Selamat bersara kepada Cikgu Lim Ming Kwi. Semoga sentiasa ceria di samping keluarga tersayang.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga SS yang beragama Buddha.

Buat semua guru dan pelajar sila layari laman web ini teb3091.spp.moe.edu.my. Laman web bagi projek Learning Management System (LMS). Username no.ic anda.teb3091. Password no.ic anda.

SELAMAT MENCUBA.

Sekian harap maklum.

~ by akarimomar on January 31, 2011.

4 Responses to “Pengumuman dari Laman Web Rasmi Sekolah – 29 Jan 2011”

  1. Harap maklum bahawa Tahun Baru Cina bukan keramaian Agama.

    • Soon,
      Betul tu. Masa saya hendak post, saya sudah perasan, namun oleh kerana ianya pengumuman rasmi dari pihak sekolah – saya biar begitu sahaja.
      Mungkin sepatutnya saya buat catatan di bawahnya sebagai pembetulan kepada kenyataan tersebut.
      Terima kasih atas teguran tersebut.

  2. Askum,saudara karim,saya harap ramai saudara2 islam kita diterengganu lebih berhati2 setiap barangan yang dibeli dipasaraya2 besar lebih2 lagi para-para peniaga yang bukan beragama islam,hari ini masih ramai orang islam tidak faham,walau pun dengan adanya logo halal disetiap pasaraya atau kedai2 kopi,walaupun dari sudutnya bersih tapi suci nya tiada,kita sedia maklum setiap masakan atau buatan selain dari orang islam atau muslim tidak suci,saya selalu diundang hadiri foram halal diKLCC tiap2 tahun diadakan,saudara boleh layari web site,halal food.berkenaan dengan pasarraya gaint terengganu bukan sahaja tamat tempum sahaja bahkan harga juga seharusnya hati,saya sudah alami diGaint putra height,harga dipamirkan RM4.70 bila dikaunter RM4.99 jadi 29 sen jika di kali 2 barang dikali 10 orang dikali dari jam 10.pagi hingga 10.malam,kita seharusnya berhati2 disetiap barangan yang kita beli lihat harga dibankad dan harga dikaunter bayar sebelum membuat bayaran jika tidak betul kita boleh pulangkan barangan itu,atau lapurkan pihak yang berkuasa.kita seharusnya tahu kita sebagai penguna ada hak membuat lapuran jika ada peniaga2 atau mana-mana pasarraya yang tidak telus.ok hebahkan untuk sesama kita penguna2 islam.

Leave a comment