Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman

petikan dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

logo sekolah

1920 lahirlah sebuah institusi yang berjaya dalam bidang pendidikan di negeri Terengganu dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Encik Abdullah bin Taib adalah tokoh pertama yang dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan kelas dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Memenuhi amanah yang terpaksa dipikul, beliau telah berjaya memulakan kelas dari jam 1.00 hingga 4.00 petang secara menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga.

Setelah lima tahun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tibalah masanya tempat beliau diganti oleh Encik G.M. Noiri dan diiktiraf sebagai Guru Besar pertama. Ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 35 orang dan guru pula dua orang, sementara kelas yang paling tinggi hanya darjah tiga.

Bilangan pelajar yang terus meningkat sehingga seramai 100 orang memaksa tempat belajar dipindahkan ke sebuah bangunan berhampiran Istana Maziah. Justeru, ia dikenali sebagai Government English School. Darjah tertinggi meningkat kepada darjah 4.

Sekolah tetap

Pada 1936, sekolah sekali lagi terpaksa dipindahkan ke bangunan sementara di Batas Baru, Kuala Terengganu. Keadaan ini menyedarkan Encik T.E. Kempe (Penasihat British) tentang kepentingan mendirikan sebuah bangunan baru yang tetap. Pada 1938, impian menjadi kenyataan, bangunan di Jalan Gong Wan Abas Kuala Terengganu siap sepenuhnya dan dikenali sebagai Sultan Sulaiman English School.

Pada 1939, Encik E.H.S Bretherton mengambil alih tugas sebagai Guru Besar dan pada 1940, diganti pula oleh Encik N.Rees. Sewaktu ditadbir oleh Encik A.Machado, Perang Dunia Kedua meletus dan memaksa sekolah ditutup selama 5 tahun.

Tragedi 12 Julai 1951

Tragedi kebakaran pada malam 12 Julai 1951 telah memusnahkan seluruh bangunan sekolah, hanya beberapa buah bilik asrama putera terselamat. Kepekaan terhadap kepentingan menuntut ilmu mendorong DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkenan membenarkan sebahagian daripada Istana Maziah digunakan sebagai bilik darjah sementara.

Tapak baru sekolah terus dicari dan satu kawasan seluas 4.4 ekar berhampiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu telah dikenalpasti. 1 Ogos 1956 fasa pertama sekolah terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah blok pejabat/perpustakaan dirasmikan.

Matlamat Sekolah

Tahun demi tahun bilangan pelajar terus meningkat dan keperluan pendidikan semakin berkembang. Justeru, bilik darjah baru perlu ditambah selaras dengan terbinanya bangunan-bangunan baru. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(SMKSS), 14 buah blok bangunan dikenali sebagai Blok Primier dan Blok bestari serta Asrama Putera dan Asrama Puteri.

Kini, setelah 87 tahun, SMKSS terus maju dan berkembang sehingga dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah terbaik dan berprestij di Terengganu. SMKSS juga diiktiraf sebagai Sekolah Primier dan beberapa kali menjadi Sekolah Harapan Negeri Terengganu. Pada tahun ini, SMKSS juga terpilih sebagai salah sebuah Sekolah Kluster di Malaysia. SMKSS juga telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang berjaya membentuk dan mencorak masyarakat yang membanggakan.

Pelajar-pelajar yang menjejak langkah ke SMKSS hadir dengan pandangan dan perspektif masing-masing, corak pemikiran dan gaya kehidupan yang berbeza.Walaupun begitu semua warga SMKSS berjaya disatukan dengan satu slogan Usaha,Tekun dan Jaya yang kemudiannya ditukar kepada Pelajar Cemerlang, SS Gemilang pada tahun 2002. Andainya mereka yang berjuang demi matlamat ini sejak 1920 dapat melihat kedudukan serta pencapaian SMKSS hari ini, sudah tentu mereka akan kagum dan berbangga dengan kecemerlangan SMKSS.

Nota: Menurut rekod rasmi sekolah, SS bermula pada tahun 1925 – Karim

~ by akarimomar on September 3, 2008.

62 Responses to “Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman”

  1. The first time I heard of this school was when Zuslaini @ Pacal, as he was later known, joined us in form four SDAR, that was in 1971. Then SDAR was still in Tg Malim. The thing that stuck to my mind till today was when he said that he came from the school that was nombor pak (number four). At first we did not undertsand him. Then he explained everything, in thick Terengganu dialect of course. Sultan Sulaiman school was number four in a Rugby competition!

  2. Dear Azahar Idris (Dr.?),

    Thank you for visiting.
    That Zuslaini must be a few years my senior.
    SDAR seems to have moved again a few years ago. And the Seremban location being taken by a new Sekolah Sains.

    You must be the same Azahar that frequent http://aimanamani.wordpress.com/?

    Wassalam

  3. Berhubung:
    “1920 lahirlah sebuah institusi yang berjaya dalam bidang pendidikan di negeri Terengganu dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.”

    Menurut rekod rasmi, SS mula pada tahun 1925. Pada tahun 1975, saya sempat menyambut Jubli Emas sekolah ketika di tingkatan 6 rendah.

  4. i’m a sulaimanian..so proud to b one of them!!

  5. sesiapa yg bergelar sulaimanian pastinya bangga dpt memegang gelaran itu..yg lama mahupn yg baru..kebanggaan rkyat trg..but i’m da new generation of smkss..sek yg plg disegani..

  6. Nabilamohamed,

    Terima kasih kerana sudi melawat blog “KITE” dan kerana sudi memberi komen. Sememangnya blog ini untuk kite semua.

    Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat yang telah mendidik dan mendewasakan kita.

    Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang telah berbakti mendewasakan akal dan fikiran kita.

  7. saye pun warge ssss… saye bangge dgn ssss!!!..tapi lame doh dok jupe kwn2 lame

  8. piunggg,

    Sememangnya kita semua amat berbangga dengan sekolah kita yang telah banyak mendewasakan kita.

    Pada era manakan saudara/i di SS?

    Bolehlah maklumkan kepada rakan-rakan lain dan sudilah menulis kisah-kisah zaman persekolahan saudara/i – pasti mengusik jiwa.

  9. […] beliau kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala […]

    • ye, kalau x silap dia posting di smk tg ampuan intan ,k.brang pd tahun 73,74 atau 75 dan saya belajar di sekolah tu masa tu. kedatangannya seperti membawa sesuatu yang baru kerana pada suatu ketika dia memimpin satu persembahan drama pentas (dlm bilik kelas sebenarnya). Pementasan teater “protes”, x pernah berlaku pementasan sebegitu di sekolah tu. Dia sangat bersemangat dan pelajar-pelajar sangat seronok. Sebelum tu kami x kenal pun apa itu teater…

  10. Saya x-smss 86-90. very proud of to be one of the sulaimanians! moga ss terus cemerlang!

    http://orangkualaibai.blogspot.com/

  11. proud to call myself as sulaimanians..

  12. saya x-ss 81-85. terima kasih atas usaha mewujudkan group ini.
    ingat lg, kadang2 sy berbasikal ke SS dr Tanjung..mmg best!
    tunggu bas depan keda pokloh, bas deraman, bas thong aik..
    pekena telo aron air susu keda pokhamzah,
    minum keda jakpor depan sekolah,
    terimakasih guru-guru yang dikasihi…
    tanpa kalian siapalah kami..

  13. Ambe batch 1989-1993. Berase lapor perut, bahang khepok keda Mok Me belakang skoloh jer…. pahtu minung air batu…
    sweet memory.

  14. kedetaskor, kena x wan azmi spm 1985, any news about him

    • selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua,
      wan azmi spm 85? handsome guy, rasa macam kena. sekarang ni ada kat kolumpor.
      hmmmh ni dulu duduk hostel ? kena Mambai? kabarnya ramai rakan2 sudah tiada..Al-Fatihah

    • kalu dok silap wan azmi (Mi Betab) duk pejabat tanah kuala berang

  15. saya xss 89-91….ader sape2 sama batch dgn saya dok sini?

  16. joe:
    Apologise for not reply your comment much sooner. Nice to know a Sulaimanian now able to “spreche Deutsch(?)”.

    x-std 99-03:
    Yes, we are all proud of our school.

    kedetaskor:
    Kita wujudkan blog ini untuk sama-sama berinteraksi dan berkongsi pengalaman manis di sekolah kita.
    Silalah hantar cerita nostalgia saudara kepada saya: akarimomar@yahoo.com untuk dikongso bersama.
    Kalau ada gambar lagi baik.

    7049mb:
    Belum ada respons lagi dari teman sezaman …

  17. sorry sy tersilap….sebenarnya sy ex ss 87-91…maaf yer…

  18. Aku batch 1989-1991.Aku masuk form 3.Aku dari skoloh Intan Zaharah.
    Aku ingat lg mase mule2 masuk skoloh tu.Susohang nok gi skoloh.
    Aku tadok basikal,jadi aku awal2 pagi tunggu bas kat kubur tepi masjid ladang.Balik skoloh tunggu bas lagi.Bas ator depan kedai kopi ladang kat bulatan penyu (penyu tu tadok doh lening).Sapa dumoh pukul 3 lebih.
    Kalu ade pitih,minum air teh beng lu kat kedai kopi ladang pastu jalang kaki balik dumoh.
    Rumoh dekat je kat belakang wisma ladang.
    Rumoh tu tadok doh lening, kene rombok doh.
    Aku low profile je kat skoloh dulu.Orang dok kenal pun.
    aku sayang sekoloh ni.X tau bakpe.
    Banyok kenangang aku kat skoloh tu.Aku rindu geng2 lama.
    Orang puteh kabo “a time of rebellious youth”
    Kalu ade reunion,kabo ah.Leh aku bowok anok ngan bini aku skali

    • mung dok class maner dulu?…aku pung org ladang gok….tapi aku ladang titian.aku kdg2 gi skolah dgn basikal…kdg2 naik bas tunggu kat kubur tu jugok..raser2 macam kenal tapi mung ni saper hah?kabor ahhh buleh criter kisah di ss dulu…

    • sirajul? rasa familiar nama tu. Budak baik ke selalu mari lambat. Sebab saya head boy tahun 1990. saya ni bekeng sikit masa tu.MAT ALI IPGM DATO’ RAZALI ISMAIL.

  19. saya,kakak kakak saya[headgirls],abg saya,sepupu,anak sedara,adik,semua warga SS.

    turun temurun….dari sekolah rendah sampailah menengah Sultan Sulaiman sokmo….but hard for me to get the alumni address for my batch..and i dont have any idea how to reach ’em.

    Hopefully abg buleh membantu sedikit sebanyok..ke guane?

    haha..lama dok cakak teghanu.

  20. i was sulaimanian for my whole entire school life…
    Sekolah rendah sampailah menengah….same goes to my kakak2 dan abg2 dan juga adik…and anak2 sedara penyambung warisan…

    takleh sekolah lain,kena SS jugak 🙂

    rindu zaman sekolah….rindu cikgu2….

  21. Keda mok me tu mmg turun temurun kang?
    ingak sokmo time assembly,gi duk belakang nun…
    keda mok me la tempat persinggahan…siap tulong jaga line lagi…
    dengor motor wan mohammad dari jauh,berkelewak lari belaka seme.

    wish can go back to that time…

    tak lupa pada senior2 dan batch semua, Kicheng,Apai,Duang,Pali Buyit,pali Kateye,Sak bulu[syamsuri mustafa],Nik[Azura Hot FM],Nana dan Alin [kembar],Meni lanjut,Jibang,poey,Pejal burger,Benjo,Mat Ching,Nik bobok,paih[janda natasha hudson],remy,DAN SEMUA GENG2 RUGBY SMKSS – Sulaimanian Rocks!

    • Tahun 98 ada lagi ke kedai mok me/ saya tahun 90 tu ambik lauk kat kedai mok me sbb duduk rumah sewa. saya tak suka duduk asrama walaupun saya head boy tahun 1990. sebabnya saya suka pergi ceramah politik pada sebelah malam.

  22. Mat Ali, saya ingat awak. masa tu saya form5. Tentang keda Mok me, saya pun tak tahu. Last sekali tengok tahun 1991.

    • salam, kamarudin di mana sekarang? saya mengajar dekat maktab perguruan batu rakit. Tapi sekarang tengah cuti buat phd di ukm. kalau kebetulan jumpa tegur-tegurlah saya.

  23. aku batch 1999-2003 je

  24. ambe batch mce 78…hostelite. kaki nyurup pagar hostel….org panggil mat combat

  25. batch ambelah yang cipta perkataang skodeng aka scout den

  26. a lot of memories when i was in smkss..
    miss all of my teachers..
    im proud to be a sulaimanian..

  27. ambe batch 1986-1990
    Arwoh ayahanda batch 1954-1958

  28. hye.saya ayu dri mrsm lipis,bks pelajar smkss nak ucap gud luck kat semua kawan kawan form 2,2010.rindu korunk sume.

  29. SALAM..
    nk cari kawan2 kelas 3k7 taon 1997..

  30. want to meet students of class 5S3 1976-1977 anybody around

  31. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Ada sesiapa kenal saya lagi Mohamad Azani Alias masuk ss tahun 1980 tingkatan satu. SRP Perdagangan 1982. SPM 1984. Marilah jenguk Facebook (type Mohamad Azani Alias). La ni kerja kat UPM. Kita hidupkan Sulaimanians….

    Ada sesiapa kenal dan tahu di mana Cikgu Mokhtar (Math), Cikgu lain lagi.

  32. uh windu nyer ngan smkss, sy batch 99…..
    ingt kenangan lama2 kat smkss…kwn2 lama(geng kedai mok me)
    kenangan indah kene rotan ngan ckg. wan mamat hahaha…
    skang da jd kenangan dan lipatan sejarah dalam memori hidup hehe..

  33. Haiaaiaaaaaaaaaaaa cari kawan tahun 1998/99 serta warga aspura

  34. nama aku shukri…aku kelas seni perusahaan dengan cikgu fazillah…cikgu sea scout..tahun 1983-87. masauk form 4 kelas sastera. Cikgu inggeris aku Mrs Pancalogam..mesti korang ingat. Aku pernah kena rotan dangan cikgu mat daimin..cikgu sulaiman…biasalah tembo sekoloh dan isap rokok dalam jamban dan kat surau baru dulu. aku masuk sea scout dulu satu batch dengan faris musa..awie..ramai lagi. SMSS telah menjadikan aku seorang yang berguna kepada masyarakat. Bila balik kampung aku lalu ikut sekolah rasa sedih kerana ingat kenangan lama…kedai japor tempat rehat lepas kokurikukum hari jumaat. Kalau sesiapa dari SMSS batch 83-87 yang stay kat sel atau KL…..boleh hubungi saya di talian 019 3156122. ( SMS dulu hehehe) HIDUP SMSS.

  35. salam. saya, asal kg losong kerpok. spm 1988 kelas 5 sains3. penjaga gol sekolah kite 1987-1988.

  36. saya x std ’70 – ’71, selamat menyambut tahun baru 2011.

  37. […] Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman September 2008 47 comments 5 […]

  38. lower 6 1976… anyone..? kena kejo di cikgu Ngoh, gluling bating reboh basika tang ke baruh padi…

  39. …*pembetulang… cikgu Yusof Ngah (headmaster)…

  40. […] 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman 51 comments September 2008 […]

  41. saya juga pernoh sekoloh di sini. Tingkatan satu sampai ke pertengahan tingkatan 4. Tahun persekolahan 1987 sampai 1990. Kelas saya masa tingkatan 1 aliran perdagangan bila masuk tingkatan 4 masuk kelas sains perakaunan.

    nama yg masih melekat di kepala saya Baharul Azhan, Arif suffian, Roby Muda, Ezani (tapi gelaran dia Duyung), Khairul(gelaran kucing), Hasnan dan Buyeng…

    sekrg nie doh x jupe sebab membawa arah masing2…

  42. tolong berikan senarai pelajar SS SPM 1977 dan alamat mereka yg ada. saya lama dah tak dapat bertemu mereka. wassallam

    • Sdr. Mahadi, saya tidak mempunyai senarai tersebut. Namun, di FB ada group SS MCE76 dan SPM78, mungkin boleh bertanya dengan mereka ini – batch yang paling dekat dengan yang dikehendaki saudara.

  43. siapa tahu dimana Norhayati othman batch SPM 1977. Saya sekali tidak pernah jumpa kawan ini.

  44. helooo……….ambe batch 1978 – 1982….tingkatan 1 AM, 2 AM. 3 A, 4Scn5 dan 5Scn5…..kalu ada sape2 yg kenal satu same lain tu tulong la kabo…

  45. aslmkm,ambe tengoh cari geng lama(nakal) thn 78 masuk,srp 80,spm 82.Kalu ada hok ingat ke ambe ni,reply.Ada gambar lagi baik,lama tak jupe takut dah bruboh.Lagi pun ambe dah tua…………doh

  46. sy nak cari kawan yg sama2 belajar d tkt 2 thn 1996 salah seorang pelajar nya nama sy dulu bekas pelari smss 4oox400,bersama rosli endut,johari,yg lain dah lupo

Leave a reply to Ayohaji Cancel reply