Pertandingan Speech Choir Peringkat Negeri Terengganu 2010
Isnin, 17 Mei 2010- Seramai 35 orang pelajar dan 2 orang guru pembimbing dari SMK Sultan Sulaiman telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi pertandingan Speech Choir Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung di SMK Bukit Tunggal.
Syabas juga kepada Saudari Nurul Ain bt. Ibrahim kerana telah berjaya menerima anugerah The Best Conductor 2010. Anugerah telah disampaikan sendiri oleh DYMM Sultan Mizan dalam majlis yang telah diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. Semoga kejayaan mereka ini menjadi titik tolak kepada pelajar lain untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.